
Sekiranya emosi boleh melompat dari buku, mungkin inilah buku itu.
Naskah “Brader, Kita Mesti Terus Hidup!” ini satu rakaman jujur daripada Nasir Jani yang terbit pada 2016. Teks ini menjejaki dan memberi komentari masa kini (pada masa beliau menulis buku ini) dan juga rakaman hati beliau ketika insiden-insiden yang diceritakan berlaku.
Daripada masalah yang berlaku dalam dunia TV dan filem, kepada isu yang melibatkan pemuzik dan bands era 80-an ke 90-an, sehingga isu dalam dunia media massa dan isu-isu politik, Nasir Jani dengan beraninya menceritakan perspektif beliau dalam semua ini.
Kepada sesiapa yang mungkin pernah membaca isu-isu ini tapi tak pernah mendengar perspektif seseorang yang melalui semua ini dengan aktif, mungkin buku ini boleh mengejutkan anda.
Kepada yang tak bersedia menghadapi kejujuran yang berterusan melalui petikan nota, diari, dan anekdot retrospektif, buku ini mungkin juga mencabar.
Ringkasnya, ini buku yang memberi perspektif kepada peristiwa pada era yang lebih dikawal media besar-besaran sebelum zaman internet kini. Isu yang dibincangkan barangkali masih relevan sehingga kini, dan saya kira penting untuk diketahui terutama bagi anak-anak seni muda zaman sekarang. Kita menjadi lebih dewasa apabila kita melayari pengalaman mereka yang terdahulu, dan inilah yang berjaya dirakam Nasir Jani dalam buku ini. Panas dan penting, marah dan melenting. Bacalah dan ketahuilah cerita-cerita yang mungkin kita tak temui di media mainstream.
Pros: Koleksi cerita dan kontroversi seni pelbagai, dengan latar era 80-an dan 90-an.
Cons: Bahasa yang penuh marah dalam buku ini barangkali akan kurang disenangi mereka yang mencari bacaan dengan bahasa yang teratur.
TLDR: Sekiranya anda dalam dunia muzik atau filem, saya yakin buku ini bakal menjadi rujukan penting untuk memahami konteks masa kini.
Beli di Shopee sini (link affiliate) atau di laman Rabak-Lit
Suka post ni?
Jemput Langgan #SuratMuzik SETIAP HARI untuk baca cerita muzik, tips gitar & kerjaya muzik serta pelbagai perihal BEHIND THE SCENES yang saya tak kongsi kat tempat lain.
Free pun, kat sini GRATIS: http://suratmuzik.com/

[Submissions for Review Consideration]
- Are you an author who wrote a jazz, guitar or music book?
- Have you created a DVD or an online video course or subscription based website?
- Would you like me to review your book/course?
OR…
- Are you working with a gear company (guitar, pedals, amps, audio interface, plugins, guitar accesories)?
- Would you like me to review your gear?
Please send me a message at azsamad2 at gmail.com with:
For courses: a link to the course/video/product + access info etc.
For books: a link to the book (Dropbox) or PDF attachment (if it’s small) for review consideration.
For music gear/hardware or software: a link to the product page and order page
Depending on whether I dig the book/course/product, I’ll let you know if I do plan to review it!
I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p
NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. You dig?