• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Az Samad Lessons

Guitar, Ukulele and Music Lessons

  • About
  • Lessons
  • Music Reviews
  • Music Gear Reviews
  • Book, Video & Course Reviews
  • Podcast
  • Creative Fridays
  • Store
  • Contact

Nasir Jani

Ulasan Buku: Kita Bikin Sejarah oleh Nasir Jani

August 27, 2026 by azsamadlessons Leave a Comment


Saya anak era 80-an, tapi saya masih kanak-kanak lagi apabila segala apa dalam buku Kita Bikin Sejarah ini berlaku. Barangkali yang menarik adalah saya kenal ramai sungguh figura-figura yang diceritakan dalam buku ini, cuma saya tidak tahu pengalaman yang mereka lalui dalam era awal ini. Pihak RABAK-LIT bijak kerana bukan saja menyertakan cerita daripada Nasir Jani, tapi juga daripada ramai individu yang terlibat dan terkesan dengan filem Kembara Seniman Jalanan.

Saya tertarik dengan gaya penceritaan Nasir Jani, kerana semuanya terasa seperti kita ada di sisi beliau. Cerita bagaimana M. Nasir dan Nasir Jani bertemu, saat Paul McCartney muncul di depan Nasir Jani semasa di London, cabaran menghasilkan naskah filem Kembara Seniman Jalanan – semuanya seakan kita dengar dari mulut Nasir Jani sendiri.

Gambar arkib dan keratan akhbar yang menghiasi buku ini juga menguatkan lagi cerita dan dunia 40 tahun lampau ini. 

Sejujurnya ini kali pertama (seingatnya) saya membaca satu karya merakam “the making of” filem Malaysia. Secara peribadi, semakin saya membaca buku ini, semakin saya tertarik ke dalam dunia yang berbeza sungguh dengan era kini.

Dahulunya, untuk membuat filem jelas memerlukan pelbagai pengetahuan teknikal dari segi visual, audio, teknikal dan prosesnya amat rumit kerana setiap langkah memerlukan kos yang tinggi dengan proses yang rumit.

Ternyata semua ilmu know-how itu satu perkara yang evergreen dan penting, tapi kemajuan teknologi setelah 40 tahun dari masa itu, mengubah kemungkinan seorang untuk berkarya secara visual.

Kini kita boleh saja merakam temubual, muzik, konsert, acara dengan kamera telefon kita, dan proses untuk mengedarkannya seakan sepantas kilat kerana adanya media sosial dan internet yang laju.

Persoalannya pula, samada segala kemudahan yang ada ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh generasi sekarang. Barangkali sukar untuk dihadam betapa jauh kita telah pergi daripada kesukaran zaman dulu, sehingga kita tak dapat nampak keperluan memahami ilmu asas yang memberi landasan kuat untuk satu karya itu berdiri.

Bagi saya, membaca tulisan ini memberi saya kesedaran yang dunia seni kreatif memang mencabar dari dahulu sehingga kini. Yang membezakan antara yang berjaya atau tidak, antaranya adalah keberanian menghasilkan sesuatu, walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran dan halangan.

Kita Bikin Sejarah memang bersejarah dan memang unik! Wajarlah ia mampu mengilhamkan generasi baru, sekiranya mereka terbuka hati untuk merasai pengajaran dalam setiap muka surat yang ada.

Ringkasnya, saya kira buku ini satu rakaman sejarah yang penting dan bakal menjadi rujukan kepada ramai selepas ini. Daripada membaca ulasan ini, baiklah anda terus saja pergi membeli buku ini sekarang dan baca. Baca, baca dan baca lagi. Sekiranya anda berjiwa seni, buku ini mungkin menjadi teks penting dalam hidup anda, terutama sekiranya anda bukan dari era yang dirakam ini. 

Pros: Banyak cerita belakang tabir yang membuka pintu kepada dunia muzik dan filem era 80-an

Cons: Ada satu isu typo yang saya kesan, namun tidak menjejaskan pengalaman membaca secara keseluruhan.

TLDR: Saya sarankan buku ini wajib dibaca dan ditelaah setiap pemuzik dan orang filem sekarang untuk mendapat konteks perkembangan dan cabaran dunia seni sebelum ini.

Dapatkan buku ini di laman RABAK-LIT di sini.

Terima kasih tinggi kepada Izzat Amir atas naskah ulasan yang saya terima ketika Bazar Buku Antarabangsa Johor 2026. 

Suka post ni?

Jemput Langgan #SuratMuzik SETIAP HARI untuk baca cerita muzik, tips gitar & kerjaya muzik serta pelbagai perihal BEHIND THE SCENES yang saya tak kongsi kat tempat lain.

Free pun, kat sini GRATIS: http://suratmuzik.com/

[Submissions for Review Consideration]

  • Are you an author who wrote a jazz, guitar or music book?
  • Have you created a DVD or an online video course or subscription based website?
  • Would you like me to review your book/course?

OR…

  • Are you working with a gear company (guitar, pedals, amps, audio interface, plugins, guitar accesories)?
  • Would you like me to review your gear?

Please send me a message at azsamad2 at gmail.com with:

For courses: a link to the course/video/product + access info etc.
For books: a link to the book (Dropbox) or PDF attachment (if it’s small) for review consideration.
For music gear/hardware or software: a link to the product page and order page

Depending on whether I dig the book/course/product, I’ll let you know if I do plan to review it!

I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p

NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. You dig? 

Filed Under: Ulasan Buku & Majalah Tagged With: kembara seniman jalanan, M. Nasir, Nasir Jani, rabak lit

Primary Sidebar

Search for a topic, review or lesson:

Recent Posts

  • Ulasan Buku: Kita Bikin Sejarah oleh Nasir Jani
  • Music Review: Late Night by MFMF. & Tarrarin
  • Book Review: ALIGN: Shift Chaos into Clarity and Calm by Amanda Ling
  • Book Review: 58 LINES – Theories of Linear Improvisation for the Evolving Guitarist by Rodney Jones with Alex Levine
  • Event Review: Jack Gardiner Guitar Clinic at Bentley Music Auditorium, Petaling Jaya, Selangor (19 July 2026)

Categories

Buy Me A Coffee

Hi Az Samad here! I am disclosing that I’ve included certain products and links to those products on this site that I will earn an affiliate commission for any purchases you make. 

Whenever possible, I've tried to include a mention that the link is an affiliate link but since the site is so big by now, I'm including this note so so that you are aware.

That being said, as I always mentions - all reviews reflect my honest opinion of the book/course/product. My goal is not to recommend everything to everyone but to give you as much information about my experience with it so that you have a better idea whether it might be for you (or not).

Copyright © 2026 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in