• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Az Samad Lessons

Guitar, Ukulele and Music Lessons

  • About
  • Lessons
  • Music Reviews
  • Music Gear Reviews
  • Book, Video & Course Reviews
  • Podcast
  • Creative Fridays
  • Store
  • Contact

rabak lit

Ulasan Buku: Algorifobik: Alternatif Resah Algoritma

July 16, 2026 by azsamadlessons Leave a Comment

Buku ini barangkali teks yang paling banyak saya baca ulang-ulang semenjak saya dapat naskah ini. Koleksi esei lima insan ini terbit pada 2025 dan menampilkan pelbagai perspektif personal dari setiap penulis. Walaupun tajuk buku ini dalam bahasa Melayu, tapi esei ada yang dalam bahasa Inggeris juga. Buku dwibahasa ini memberi peluang setiap penulis berkongsi pendapat, pengalaman dan pengamatan dalam bahasa yang mereka selesa. Zim Ahmadi dan Farhira Farudin menulis dalam bahasa Inggeris, dan yang lain dalam bahasa Melayu.

Tulisan Zim Ahmadi bermula dengan Maybe the Scene is the Friends We Made Along the Way. Esei ini terasa sebanyak mengenai Zim selain mengenai scene muzik yang diceritakan. Antaranya ada berkisar dunia kewartawanan muzik dan juga perubahan dunia penulisan muzik dari dulu sehingga kini. Karya Zim yang lain berkisar hubungan dirinya sendiri dengan muzik, dan isu dunia muzik moden yang menganggu ruang fikirnya.

Alkamil Kamarludin pula ternyata punyai jiwa kritis dan dokumentari apabila merakam dunia ruang acara Petai Belalang, artis Sang Rawi (dan betapa Alkamil tidak gemar muzik Monoloque), dunia muzik post-rock serta kritikan beliau mengenai pendengar muzik yang hidup dalam nostalgia kegemilangan muzik lampau. Saya rasa Alkamil yang antara paling marah antara penulis dalam antologi ini, dan tenaga perspektif beliau itu kekuatan tulisannya.

Farhira Farudin pula memperkenalkan saya kepada dunia persembahan pentas Iqbal M, estetik Killamisha, dunia muzik shoegaze dan juga bagaimana muzik healing menjadi kecil apabila dipermudahkan sebagai shorthand media sosial. Farhira ada suara tersendiri dalam tulisannya, sesuatu yang saya kesan dari tulisan di laman web Noisy Headspace sehingga esei di sini.

Tulisan Zhafirin Zulkifli terasa lebih serius nadanya berbanding penulis lain, tapi sesuai dengan isu yang dibincangkan, termasuk hal ehwal gig, kos hadir dan logika (atau tidak logikanya) ekonomi dunia persembahan.

Penulis terakhir (yang juga penyunting koleksi ini), Ku Syafiq Ku Fozi membawa kita berfikir sekitar kepentingan ruang acara kecil, album Ritma daripada Piri Reis, perkembangan pop alternatif di Malaysia dan juga isu yang datang dengan luar biasanya kuasa algoritma membentuk citarasa muzik khalayak umum.

Semua pendapat ini anda dapat selami dalam rentak anda sendiri dalam buku unik ini. Bagi saya, kekuatan karya ini datang dari perbezaan perspektif setiap penulis ini. Dalam perbezaan itu ada kewarna-warnian yang menarik untuk dihadam berkali-kali, seperti yang saya lalui dengan naskah saya yang kini juga ada koleksi kecil stamp dari kedai-kedai tempatan yang saya lawat (trend masakini yang saya bermain-main sesekali), kerana betapa lamanya saya mencari inti hati buku ini.

Rumusannya, ini buku untuk anda jika anda jenis yang suka mencari idea dan perspektif dunia muzik dari mereka yang banyak berfikir. Kepada yang lebih selesa bergaduh di ruang komen media sosial, mungkin ini bacaan berat. Bacalah sekiranya anda berjiwa ingin tahu!

Pros: Koleksi esei yang memberi perspektif lima penulis berbeza dari latar berbeza.
Cons: Tak ada.
TLDR: Kepada yang ingin tahu lebih mengenai dunia muzik tempatan, terutamanya yang lebih bawah tanah atau luar arus perdana, ini salah satu cara untuk berkenalan dengan bukan hanya bands atau pemuzik yang kurang dikenali, tapi juga penulis-penulis baru yang lantang berkongsi.

Terima kasih Izzat dan RABAK LIT kerana mengirim naskah ulasan ini.

Dapatkan buku ini di TikTok dan Shopee (link affiliate)

Suka post ni?

Jemput Langgan #SuratMuzik SETIAP HARI untuk baca cerita muzik, tips gitar & kerjaya muzik serta pelbagai perihal BEHIND THE SCENES yang saya tak kongsi kat tempat lain.

Free pun, kat sini GRATIS: http://suratmuzik.com/

[Submissions for Review Consideration]

  • Are you an author who wrote a jazz, guitar or music book?
  • Have you created a DVD or an online video course or subscription based website?
  • Would you like me to review your book/course?

OR…

  • Are you working with a gear company (guitar, pedals, amps, audio interface, plugins, guitar accesories)?
  • Would you like me to review your gear?

Please send me a message at azsamad2 at gmail.com with:

For courses: a link to the course/video/product + access info etc.
For books: a link to the book (Dropbox) or PDF attachment (if it’s small) for review consideration.
For music gear/hardware or software: a link to the product page and order page

Depending on whether I dig the book/course/product, I’ll let you know if I do plan to review it!

I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p

NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. You dig? 

Filed Under: Book Reviews Tagged With: Alkamil Kamarludin, Farhira Farudin, Ku Syafiq, rabak lit, Zhafirin Zulkifli, Zim Ahmadi

  • Page 1
  • Page 2
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

Search for a topic, review or lesson:

Recent Posts

  • Ulasan Buku: Algorifobik: Alternatif Resah Algoritma
  • Ulasan Buku: Semesta Bougainvillea di Penjuru Mata oleh Jack Malik
  • Music Review: The Elevator Child by Meatshell
  • Music Review: Holler Serenade by Adam Rose & Mountain Jazz Quartet
  • Music Review: Celestial Chaos by Herriot

Categories

Buy Me A Coffee

Hi Az Samad here! I am disclosing that I’ve included certain products and links to those products on this site that I will earn an affiliate commission for any purchases you make. 

Whenever possible, I've tried to include a mention that the link is an affiliate link but since the site is so big by now, I'm including this note so so that you are aware.

That being said, as I always mentions - all reviews reflect my honest opinion of the book/course/product. My goal is not to recommend everything to everyone but to give you as much information about my experience with it so that you have a better idea whether it might be for you (or not).

Copyright © 2026 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in