• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Az Samad Lessons

Guitar, Ukulele and Music Lessons

  • About
  • Lessons
  • Music Reviews
  • Book, Video & Course Reviews
  • Podcast
  • Creative Fridays
  • Store
  • Contact

cara belajar gitar di kuala lumpur

7 Tips Cara Belajar Main Gitar Sendiri

February 5, 2020 by azsamadlessons 3 Comments

Awak minat gitar, suka dengar bila orang main gitar tapi tak tahu camana nak mula belajar main gitar.

Sebenarnya ramai orang nak main gitar tapi kalau pergi online & google, banyak info yang salah.

Yang penting tu kena dapat tips yang berwibawa. Dalam post pendek ni, awak akan dapat 7 tips untuk beginner yang mula main gitar.

Semoga tips ini membantu awak jadi gitaris yang lebih baik lagi!

  1. Belajar teknik secara teratur

    Ramai orang main belasah saja bila belajar gitar. Tu sebabnya mereka bertahun-tahun pun tak maju ke mana. Mungkin awak pun ada kenal member kat ofis yang cakap dia reti main gitar, tapi bila awak dengar dia main, bukan sedap pun!

    Makanya, kalau awak nak main gitar kena belajar benda macam picking, strumming, pegang chords dengan baik dan dapatkan tone sedap.

    Teknik bukan sekadar tahu picking tapi juga teknik fretboard, maksudnya tahu keseluruhan fretboard macam dalam Rahsia Jadi Hero Major Scales.

  2. Belajar kords & main dengan selesa

    Banyak kords yang awak boleh belajar. Open chords, barre chords dan pelbagai kategori lain. Tapi yang penting, kena fokus pada keselesaan tangan awak. Jangan stress sampai sakit sebab pegang tak betul.

    Baik dapat cikgu yang berpengalaman untuk bantu bila stuck atau guna ‘instructional video’ yang sesuai dengan apa yang awak cari.

  3. Tahu chord progressions yang biasa

    Banyak chord progressions yang terkenal & digunakan ramai orang. Macam C Am F G, C F G C dan juga Am G F E.

    Tu semua standard chord progression untuk gitaris. Makin lama awak main gitar, benda ini akan jadi benda biasa. Cam & hafalkan!

  4. Cari lagu yang awak minat

    Kalau awak suka XPDC, belajar lagu XPDC. Kalau suka Search, cari lagu Search. Yang penting tu kena guna lagu yang awak minat untuk tingkatkan skills awak.

    Ramai orang berhenti main gitar sebab rasa kena belajar lagu yang tak best. Padahal kalau belajar lagu yang awak suka, lagilah semangat nak main gitar!

  5. Fokus pada gitaris & pemuzik yang awak suka

    Saya suka singer-songwriters macam Elliot Smith dan Ani DiFranco. Kalau kat Malaysia, saya suka gitaris rock macam Sham Kamikaze dan Jamie Wilson.

    Bila awak jumpa gitaris yang punyai style yang awak minat, kaji permainan mereka & belajar dari apa yang awak nampak dari mereka. Kalau boleh jumpa mereka lagi bagus, boleh tanya soalan direct.

  6. Latih setiap hari

    Tak cukup latih dua minggu sekali. Lebih baik practice hari-hari walaupun 7 ke 10 minit macam dalam Cabaran Hero Major Scales.

    Konsisten tu penting!

  7. Rakam sesi latihan untuk kaji

    Ramai orang takut rakam permainan mereka sebab kalau dengar balik mungkin kecewa. Tapi rakaman itulah yang beri cermin pada permainan awak. Rakam & dengar balik. Lepas tu boleh perbaiki permainan awak satu per satu.

Itulah tips hari ini! Kalau awak berminat nak dapat tips harian, boleh consider join #SuratMuzik, dapat tips gitar & muzik terus ke emel awak. Nak join, boleh klik kat sini: https://sendfox.com/lp/03z761

Kalau nak belajar dari zero ke hero, dari asas gitar, boleh dapatkan Langkah Gitar Girang 1, video pertama dalam siri Latihan Gitar Girang yang tingkatkan skills gitar awak dari basic.

Selamat bergitar!

Az Samad

Filed Under: Guitar Technique, Practice Secrets Tagged With: belajar gitar, belajar gitar dalam bahasa melayu, belajar gitar dalam BM, belajar gitar sendiri, cara belajar gitar dari asas, cara belajar gitar di kuala lumpur, gitaris malaysia, kelas gitar az samad, Surat Muzik

Primary Sidebar

Sign Up For Free Guitar & Music Tips!

Recent Posts

  • Sheet Music Review: The Wind Cries Mary [Chord Kit] by Jan Jakut
  • You Are Not Them! by Sid Mohasseb
  • The Self Help Book: 6 Practical Ways to Never Stop Growing by Jared Graybeal
  • Music Review: City Lights by KC Lau
  • Music Review: Land of the Dreamers by Daniel Weiss

Categories

  • Ask Az (2)
  • Beyond Music (73)
  • Blues Guitar (5)
  • Book Reviews (87)
  • business book (12)
  • Chord Melody (28)
  • Composition (27)
  • Course Reviews (8)
  • Creative Fridays (14)
  • Fingerstyle Guitar (22)
  • grant cardone (1)
  • Guitar Chords (74)
  • Guitar Scales (46)
  • Guitar Shopping (3)
  • Guitar Technique (137)
  • Gypsy Jazz (7)
  • Interviews (17)
  • Jazz (62)
  • Jazz Guitar (111)
  • Jazz Guitar Harmony (37)
  • Jazz Guitar Harmony (92)
  • Licks (94)
  • Music Review (18)
  • Music Theory (65)
  • News (3)
  • Philosophy (82)
  • Practice Secrets (164)
  • Reviews (8)
  • Rhythm Lessons (21)
  • Transcription Set Review (6)
  • Ukulele (3)
  • Uncategorized (10)
  • Video Games (3)
  • Video Lessons (66)

Copyright © 2021 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in