• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Az Samad Lessons

Guitar, Ukulele and Music Lessons

  • About
  • Lessons
  • Music Reviews
  • Music Gear Reviews
  • Book, Video & Course Reviews
  • Features and Interviews
  • Podcast
  • Creative Fridays
  • Store
  • Contact

Practice Secrets

Ulasan Buku: Gitar Klasik Melayu oleh Rafi SUHU

September 7, 2026 by azsamadlessons Leave a Comment

Buku terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd ini saya terima dari abang Mohd Rafi pada 26 April 2024. Ini naskah yang abang Rafi hadiahkan kepada saya, dan satu buku yang amat saya hargai. Terbitan pertama buku ini pada tahun 2013, dan ini antara dua buku yang saya terima daripada beliau.

Sejujurnya saya dah lama nak tulis ulasan buku ini (semenjak saya terima buku itu sebenarnya) tapi saya tertangguh begitu lama. Akhirnya sekarang saya cuba mengumpul pendapat dan pengamatan saya terhadap buku ini supaya lebih ramai orang dapat tahu mengenai karya penting daripada abang Mohd Rafi.

Buku ini secara fizikalnya nampak nipis pada 29 mukasurat, tapi isinya memang padat dengan 12 lagu yang ikonik. Konsep buku ini adalah untuk membawa lagu-lagu klasik Melayu dalam format gitar solo klasikal Barat supaya lagu-lagu ini boleh dinikmati dan dihayati lebih ramai orang lagi.

Semua muzik digubah oleh beliau sendiri dan susunan menggunakan teknik yang kita biasa lihat dalam dunia gitar klasikal. Dari two part counterpoint, tekstur melodi dan fills serta bahagian independen yang menarik ada semuanya untuk peminat gitar klasikal. Cuma dalam buku ini, kita bukannya memainkan lagu Fernando Sor atau Mauro Giuliani, tetapi muzik dari komposer seperti Johar Bahar (Tudung Periuk), Ahmad Merican (Tanah Pusaka) dan Jimmy Boyle (Kemegahan Negaraku).

Saya sendiri amat suka arrangement lagu Tudung Periuk, Sekapur Sireh dan Lenggang Kangkung. Barangkali pengajaran terbaik yang saya dapat dari memainkan gubahan-gubahan ini adalah betapa ekonomik sekali pilihan note yang di pilih. Walaupun ada arrangement yang kompleks, tapi majoriti lagu-lagu ini disusun supaya gitaris pemula dan intermediate dapat menikmatinya.

Selain itu, ntara yang menarik dalam buku ini adalah adanya “renek” atau “ornament” gaya Melayu yang diperkenalkan dalam bentuk notasi format gitar klasikal. Ini ada dibincangkan secara ringkas pada bahagian “Kaedah” pada mukasurat awal buku ini.

Kepada yang baru belajar gitar klasikal mungkin akan menghadapi cabaran mencari “fingering” sesuai kerana tidak ada “fingering” spesifik yang dikemukakan di dalam buku ini. Namun demikian, ini memang disengajakan supaya gubahan lagu ini dalam diberi nafas tersendiri oleh setiap gitaris yang cuba mendalami muzik ini.

Ringkasnya, saya amat gembira dengan wujudnya buku ini (yang ditulisnya Siri 1 pada muka hadapan), dan saya berharap sekiranya ada lagi naskah buku ini di pasaran, wajarlah peminat gitar klasikal dan muzik Malaysia mendapatkannya. Sayang sekali setahu saya tidak ada buku lain dalam siri ini setelah ini terbit. Harapan saya semoga abang Mohd Rafi dapat menerbitkan lebih banyak lagi gubahan beliau, sekiranya ada yang disimpan dalam arkib peribadi beliau.

Terima kasih sekali abang Mohd Rafi atas hadiah buku ini, dan saya harap kita dapat bertemu dan berbual satu ketika nanti.

Pros: Buku penting dengan muzik penting, dalam format gitar klasikal Barat.
Cons: Tidak ada fingering spesifik dalam 12 lagu ini.
TLDR: Kalau anda peminat gitar klasik atau lagu-lagu warisan Malaysia, buku ini naskah wajib ada dalam pustaka muzik anda!

Saya ada jumpa seller di Shopee yang jual buku fizikal ini (ada dua naskah pada masa saya update ni): https://s.shopee.com.my/5VVBdLQUVk (link affiliate)

Suka post ni?

Jemput Langgan #SuratMuzik SETIAP HARI untuk baca cerita muzik, tips gitar & kerjaya muzik serta pelbagai perihal BEHIND THE SCENES yang saya tak kongsi kat tempat lain.

Free pun, kat sini GRATIS: http://suratmuzik.com/

[Submissions for Review Consideration]

  • Are you an author who wrote a jazz, guitar or music book?
  • Have you created a DVD or an online video course or subscription based website?
  • Would you like me to review your book/course?

OR…

  • Are you working with a gear company (guitar, pedals, amps, audio interface, plugins, guitar accesories)?
  • Would you like me to review your gear?

Please send me a message at azsamad2 at gmail.com with:

For courses: a link to the course/video/product + access info etc.
For books: a link to the book (Dropbox) or PDF attachment (if it’s small) for review consideration.
For music gear/hardware or software: a link to the product page and order page

Depending on whether I dig the book/course/product, I’ll let you know if I do plan to review it!

I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p

NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. You dig? 

Filed Under: Book Reviews, Guitar Technique, Practice Secrets Tagged With: gitar klasik, mohd rafi, muzik malaysia, rafi SUHU, Utusan Publications

  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Interim pages omitted …
  • Page 377
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

Search for a topic, review or lesson:

Recent Posts

  • Book Review: Jazz Tunes – Malaysian Collection Series: Volume 1 by Rafi SUHU
  • Ulasan Buku: Gitar Klasik Melayu oleh Rafi SUHU
  • Ulasan Buku: Gonzo Tanpa Fiasco: Muzik Tidak Harus Tewas oleh Ku Syafiq Ku Fozi
  • Interview with Malaysian guitarist and composer LK Wong
  • Ulasan Buku: Kita Bikin Sejarah oleh Nasir Jani

Categories

Buy Me A Coffee

Hi Az Samad here! I am disclosing that I’ve included certain products and links to those products on this site that I will earn an affiliate commission for any purchases you make. 

Whenever possible, I've tried to include a mention that the link is an affiliate link but since the site is so big by now, I'm including this note so so that you are aware.

That being said, as I always mentions - all reviews reflect my honest opinion of the book/course/product. My goal is not to recommend everything to everyone but to give you as much information about my experience with it so that you have a better idea whether it might be for you (or not).

Copyright © 2026 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in