• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Az Samad Lessons

Guitar, Ukulele and Music Lessons

  • About
  • Lessons
  • Music Reviews
  • Book, Video & Course Reviews
  • Podcast
  • Creative Fridays
  • Store
  • Contact

7 Tips Cara Belajar Main Gitar Sendiri

February 5, 2020 by azsamadlessons 12 Comments

Awak minat gitar, suka dengar bila orang main gitar tapi tak tahu camana nak mula belajar main gitar.

Sebenarnya ramai orang nak main gitar tapi kalau pergi online & google, banyak info yang salah.

Yang penting tu kena dapat tips yang berwibawa. Dalam post pendek ni, awak akan dapat 7 tips untuk beginner yang mula main gitar.

Belum beli gitar lagi? Ini tips beli gitar pertama kat channel YouTube saya.

Semoga tips ini membantu awak jadi gitaris yang lebih baik lagi!

  1. Belajar teknik secara teratur

    Ramai orang main belasah saja bila belajar gitar. Tu sebabnya mereka bertahun-tahun pun tak maju ke mana. Mungkin awak pun ada kenal member kat ofis yang cakap dia reti main gitar, tapi bila awak dengar dia main, bukan sedap pun!

    Makanya, kalau awak nak main gitar kena belajar benda macam picking, strumming, pegang chords dengan baik dan dapatkan tone sedap.

    Teknik bukan sekadar tahu picking tapi juga teknik fretboard, maksudnya tahu keseluruhan fretboard macam dalam Rahsia Jadi Hero Major Scales.

  2. Belajar kords & main dengan selesa

    Banyak kords yang awak boleh belajar. Open chords, barre chords dan pelbagai kategori lain. Tapi yang penting, kena fokus pada keselesaan tangan awak. Jangan stress sampai sakit sebab pegang tak betul.

    Baik dapat cikgu yang berpengalaman untuk bantu bila stuck atau guna ‘instructional video’ yang sesuai dengan apa yang awak cari.

    Langkah Gitar Girang 2 ada cover pasal power chords secara teratur.

    Langkah Gitar Girang 3 pula cover pasal barre chords asas

  3. Tahu chord progressions yang biasa

    Banyak chord progressions yang terkenal & digunakan ramai orang. Macam C Am F G, C F G C dan juga Am G F E.

    Tu semua standard chord progression untuk gitaris. Makin lama awak main gitar, benda ini akan jadi benda biasa. Cam & hafalkan!

    Kalau nak belajar pasal chord progressions boleh tengok playlist YouTube saya sini.

  4. Cari lagu yang awak minat

    Kalau awak suka XPDC, belajar lagu XPDC. Kalau suka Search, cari lagu Search. Yang penting tu kena guna lagu yang awak minat untuk tingkatkan skills awak.

    Ramai orang berhenti main gitar sebab rasa kena belajar lagu yang tak best. Padahal kalau belajar lagu yang awak suka, lagilah semangat nak main gitar!

  5. Fokus pada gitaris & pemuzik yang awak suka

    Saya suka singer-songwriters macam Elliot Smith dan Ani DiFranco. Kalau kat Malaysia, saya suka gitaris rock macam Sham Kamikaze dan Jamie Wilson.

    Bila awak jumpa gitaris yang punyai style yang awak minat, kaji permainan mereka & belajar dari apa yang awak nampak dari mereka. Kalau boleh jumpa mereka lagi bagus, boleh tanya soalan direct.

  6. Latih setiap hari

    Tak cukup latih dua minggu sekali. Lebih baik practice hari-hari walaupun 7 ke 10 minit macam dalam Cabaran Hero Major Scales.

    Konsisten tu penting!

  7. Rakam sesi latihan untuk kaji

    Ramai orang takut rakam permainan mereka sebab kalau dengar balik mungkin kecewa. Tapi rakaman itulah yang beri cermin pada permainan awak. Rakam & dengar balik. Lepas tu boleh perbaiki permainan awak satu per satu.

Itulah tips hari ini! Kalau awak berminat nak dapat tips harian, boleh consider join #SuratMuzik, dapat tips gitar & muzik terus ke emel awak. Nak join, boleh klik kat sini: https://sendfox.com/lp/03z761

Kalau nak belajar dari zero ke hero, dari asas gitar, boleh dapatkan Langkah Gitar Girang 1, video pertama dalam siri Latihan Gitar Girang yang tingkatkan skills gitar awak dari basic.

Kepada yang nak panduan lebih personal, ada kelas 1-on-1 melalui Zoom dengan saya. Slot adalah terhad & kos adalah lebih tinggi, tapi kepada yang bersedia untuk belajar & komitmen boleh emel saya di azsamad3 at gmail dot com

Selamat bergitar!

Az Samad

Filed Under: Guitar Technique, Practice Secrets Tagged With: belajar gitar, belajar gitar dalam bahasa melayu, belajar gitar dalam BM, belajar gitar sendiri, cara belajar gitar dari asas, cara belajar gitar di kuala lumpur, gitaris malaysia, kelas gitar az samad, Surat Muzik

Reader Interactions

Comments

  1. EVANIA says

    July 30, 2020 at 4:49 pm

    Bagaimakah cara nak main gitar

    Reply
    • azsamadlessons says

      August 12, 2020 at 6:00 pm

      Paling bagus kalau boleh ambil kelas gitar untuk belajar tu.

      Kalau belajar sendiri, mula dengan teknik asas macam cara pegang gitar, teknik pegang pick, strumming asas & cara tekan chords asas.

      Boleh dapatkan Langkah Gitar Girang 1 di sini kalau perlukan bantuan: https://gumroad.com/l/lgg1

      Reply
      • Aidil says

        February 23, 2021 at 4:20 pm

        saya nakkk

        Reply
  2. Aiman says

    September 26, 2020 at 3:22 am

    I want play gitar

    Reply
  3. amir says

    July 24, 2021 at 3:47 pm

    sejujurnya sy suka cara cikgu mengajar,jelas dan bersahaja,sy selalu tngok fb n utube az samad👍

    Reply
    • azsamadlessons says

      July 28, 2021 at 7:39 pm

      Terima kasih!

      Reply
  4. Aidan says

    March 26, 2022 at 12:42 pm

    Ada buat kelas persendirian tak?

    Reply
    • azsamadlessons says

      March 26, 2022 at 6:31 pm

      Ya, ada kelas 1-on-1 melalui Zoom. Kalau berminat boleh contact saya di azsamad3 at gmail dot com

      Reply
    • arie says

      August 24, 2024 at 4:55 pm

      kalau untuk permulaan, gitar apa yang sesuai ya?

      Reply
      • azsamadlessons says

        August 26, 2024 at 11:02 am

        Jawapan panjang: bergantung dengan samada nak main akustik atau elektrik.

        Jawapan pendek: Kalau di Malaysia, senang cari Yamaha F310. Kalau nak ikut gitar saya pakai, L. Luthier Le Light St.

        Reply
  5. zul says

    June 27, 2023 at 2:26 pm

    bang method payment tu ada selain yg tertera di situ tak?

    Reply
    • azsamadlessons says

      July 2, 2023 at 12:22 pm

      Boleh emel saya di azsamad3 at gmail dot com untuk info bayaran Maybank Instant Transfer.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Sign Up For Free Guitar & Music Tips!

Search for a topic, review or lesson:

Recent Posts

  • Video Review: Perfect Practice Makes Perfect with Sheryl Bailey (Chase’s Guitar Academy)
  • Video Review: Martin Miller Mechanics Workshop by Martin Miller (Cracking The Code)
  • Video Review: Comping Fundamentals with Rodney Jones (Chase’s Guitar Academy)
  • Video Review: How to Learn Tunes with Rodney Jones (Chase’s Guitar Academy)
  • Video Review: Practice Essentials with Rodney Jones (Chase’s Guitar Academy)

Categories

  • Ask Az (2)
  • Beyond Music (122)
  • Blues Guitar (15)
  • Book Reviews (228)
  • business book (27)
  • Chord Melody (46)
  • Composition (33)
  • Course Reviews (20)
  • Creative Fridays (14)
  • Film Review (1)
  • Fingerstyle Guitar (30)
  • grant cardone (1)
  • Guitar Chords (134)
  • Guitar Scales (124)
  • Guitar Shopping (3)
  • Guitar Technique (320)
  • Gypsy Jazz (13)
  • Interviews (23)
  • Jazz (109)
  • Jazz Guitar (241)
  • Jazz Guitar Harmony (169)
  • Jazz Guitar Harmony (79)
  • Licks (218)
  • Music Business (14)
  • Music Review (49)
  • Music Theory (217)
  • News (4)
  • Philosophy (155)
  • Practice Secrets (347)
  • Reviews (12)
  • Rhythm Lessons (26)
  • Strategi Bina Kerjaya Muzik (6)
  • Transcription Set Review (6)
  • Ukulele (3)
  • Ulasan Filem (1)
  • Ulasan Muzik (2)
  • Ulasan Video (1)
  • Uncategorized (21)
  • Video Games (3)
  • Video Lessons (143)

Recent Posts

  • Video Review: Perfect Practice Makes Perfect with Sheryl Bailey (Chase’s Guitar Academy)
  • Video Review: Martin Miller Mechanics Workshop by Martin Miller (Cracking The Code)
  • Video Review: Comping Fundamentals with Rodney Jones (Chase’s Guitar Academy)
  • Video Review: How to Learn Tunes with Rodney Jones (Chase’s Guitar Academy)
  • Video Review: Practice Essentials with Rodney Jones (Chase’s Guitar Academy)

Copyright © 2025 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in