Awak minat gitar, suka dengar bila orang main gitar tapi tak tahu camana nak mula belajar main gitar.
Sebenarnya ramai orang nak main gitar tapi kalau pergi online & google, banyak info yang salah.
Yang penting tu kena dapat tips yang berwibawa. Dalam post pendek ni, awak akan dapat 7 tips untuk beginner yang mula main gitar.
Belum beli gitar lagi? Ini tips beli gitar pertama kat channel YouTube saya.
Semoga tips ini membantu awak jadi gitaris yang lebih baik lagi!
- Belajar teknik secara teratur
Ramai orang main belasah saja bila belajar gitar. Tu sebabnya mereka bertahun-tahun pun tak maju ke mana. Mungkin awak pun ada kenal member kat ofis yang cakap dia reti main gitar, tapi bila awak dengar dia main, bukan sedap pun!
Makanya, kalau awak nak main gitar kena belajar benda macam picking, strumming, pegang chords dengan baik dan dapatkan tone sedap.
Teknik bukan sekadar tahu picking tapi juga teknik fretboard, maksudnya tahu keseluruhan fretboard macam dalam Rahsia Jadi Hero Major Scales. - Belajar kords & main dengan selesa
Banyak kords yang awak boleh belajar. Open chords, barre chords dan pelbagai kategori lain. Tapi yang penting, kena fokus pada keselesaan tangan awak. Jangan stress sampai sakit sebab pegang tak betul.
Baik dapat cikgu yang berpengalaman untuk bantu bila stuck atau guna ‘instructional video’ yang sesuai dengan apa yang awak cari.
Langkah Gitar Girang 2 ada cover pasal power chords secara teratur.
Langkah Gitar Girang 3 pula cover pasal barre chords asas - Tahu chord progressions yang biasa
Banyak chord progressions yang terkenal & digunakan ramai orang. Macam C Am F G, C F G C dan juga Am G F E.
Tu semua standard chord progression untuk gitaris. Makin lama awak main gitar, benda ini akan jadi benda biasa. Cam & hafalkan!
Kalau nak belajar pasal chord progressions boleh tengok playlist YouTube saya sini. - Cari lagu yang awak minat
Kalau awak suka XPDC, belajar lagu XPDC. Kalau suka Search, cari lagu Search. Yang penting tu kena guna lagu yang awak minat untuk tingkatkan skills awak.
Ramai orang berhenti main gitar sebab rasa kena belajar lagu yang tak best. Padahal kalau belajar lagu yang awak suka, lagilah semangat nak main gitar! - Fokus pada gitaris & pemuzik yang awak suka
Saya suka singer-songwriters macam Elliot Smith dan Ani DiFranco. Kalau kat Malaysia, saya suka gitaris rock macam Sham Kamikaze dan Jamie Wilson.
Bila awak jumpa gitaris yang punyai style yang awak minat, kaji permainan mereka & belajar dari apa yang awak nampak dari mereka. Kalau boleh jumpa mereka lagi bagus, boleh tanya soalan direct. - Latih setiap hari
Tak cukup latih dua minggu sekali. Lebih baik practice hari-hari walaupun 7 ke 10 minit macam dalam Cabaran Hero Major Scales.
Konsisten tu penting! - Rakam sesi latihan untuk kaji
Ramai orang takut rakam permainan mereka sebab kalau dengar balik mungkin kecewa. Tapi rakaman itulah yang beri cermin pada permainan awak. Rakam & dengar balik. Lepas tu boleh perbaiki permainan awak satu per satu.
Itulah tips hari ini! Kalau awak berminat nak dapat tips harian, boleh consider join #SuratMuzik, dapat tips gitar & muzik terus ke emel awak. Nak join, boleh klik kat sini: https://sendfox.com/lp/03z761
Kalau nak belajar dari zero ke hero, dari asas gitar, boleh dapatkan Langkah Gitar Girang 1, video pertama dalam siri Latihan Gitar Girang yang tingkatkan skills gitar awak dari basic.
Kepada yang nak panduan lebih personal, ada kelas 1-on-1 melalui Zoom dengan saya. Slot adalah terhad & kos adalah lebih tinggi, tapi kepada yang bersedia untuk belajar & komitmen boleh emel saya di azsamad3 at gmail dot com
Selamat bergitar!
Az Samad