• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Az Samad Lessons

Guitar, Ukulele and Music Lessons

  • About
  • Lessons
  • Music Reviews
  • Music Gear Reviews
  • Book, Video & Course Reviews
  • Features and Interviews
  • Podcast
  • Creative Fridays
  • Store
  • Contact

Ulasan Buku: Gonzo Tanpa Fiasco: Muzik Tidak Harus Tewas oleh Ku Syafiq Ku Fozi

September 7, 2026 by azsamadlessons Leave a Comment

Buku ini adalah kumpulan artikel temubual dengan pemuzik/band dan juga artikel ulasan serta kritikan dari penulis Ku Syafiq Ku Fozi. Walaupun saya telah lama mengikuti penulisan Ku Syafiq, ini kali pertama saya membaca begitu banyak tulisan beliau dalam satu koleksi. Ternyata ini karya penting bukan saja untuk peminat muzik indie tempatan tapi juga untuk sesiapa yang minat muzik secara amnya.

Saya banyak belajar mengenai dunia dan pengalaman Ku Syafiq dalam buku ini, barangkali sebanyak saya dapat tahu mengenai muzik bands tempatan yang ditulis. Ku Syafiq jujur dan banyak kali menyatakan apa yang beliau tidak tahu dalam dunia muzik. Kita dapat melihat perjalanan Ku Syafiq sendiri mempelajari dunia muzik dari setiap satu artikel yang ditulis ini.

Banyak yang diceritakan dan dirakam juga berjaya menjadi komentari dunia muzik ketika zaman pandemik dan cabaran yang dilalui ramai ahli seni. Kita dapat merasa keresahan kolektif semua yang bercakap dan juga imbasan semangat mereka untuk terus berjuang.

Secara ringkasnya, buku ini adalah satu buku yang perlu dibaca untuk semua peminat muzik supaya kita mendapat perspektif kewartawanan yang menarik. Akses yang dimiliki Ku Syafiq kepada ramai pemuzik, penganjur, dan pemilik ruang persembahan memberi beliau sudut pandang yang berbeza.

Semenjak dia bukan pemuzik dan lebih kepada pendengar muzik, banyak pengamatan beliau menjadi penting untuk kita tahu. Ini semestinya bukanlah satu-satunya buku atau perspektif yang boleh dirujuk, tapi ini mungkin satu inisiatif yang wajar lebih ramai pemuzik dan peminat muzik terokai. Terlalu banyak yang telah berlaku dalam dunia muzik yang tak dirakam sebaik mungkin. Saya kira buku ini memenuhi satu ruang ilmu dan kewartawanan yang perlu lebih banyak ada di Malaysia. Tahniah Ku Syafiq atas semua rakaman ini. Semoga ini menjadi satu dokumen yang bakal membantu mereka pada masa yang akan datang.

Pros: Tulisan jujur yang memberi perspektif menarik dan rakaman dunia muzik tempatan, terutamanya pemuzik indie di Malaysia sekitar era pandemik.
Cons: Naskah yang agak tebal, jadi memerlukan masa dan kesabaran untuk dibaca secara mendalam.
TLDR: Kalau anda peminat muzik dan ingin lebih tahu mengenai dunia pemuzik indie tempatan, ini adalah buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan.

Terima kasih Izzat dan RABAK LIT kerana mengirim naskah ulasan ini.

Dapatkan buku ini di TikTok dan Shopee (link affiliate)

Suka post ni?

Jemput Langgan #SuratMuzik SETIAP HARI untuk baca cerita muzik, tips gitar & kerjaya muzik serta pelbagai perihal BEHIND THE SCENES yang saya tak kongsi kat tempat lain.

Free pun, kat sini GRATIS: http://suratmuzik.com/

[Submissions for Review Consideration]

  • Are you an author who wrote a jazz, guitar or music book?
  • Have you created a DVD or an online video course or subscription based website?
  • Would you like me to review your book/course?

OR…

  • Are you working with a gear company (guitar, pedals, amps, audio interface, plugins, guitar accesories)?
  • Would you like me to review your gear?

Please send me a message at azsamad2 at gmail.com with:

For courses: a link to the course/video/product + access info etc.
For books: a link to the book (Dropbox) or PDF attachment (if it’s small) for review consideration.
For music gear/hardware or software: a link to the product page and order page

Depending on whether I dig the book/course/product, I’ll let you know if I do plan to review it!

I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p

NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. You dig? 

Filed Under: Book Reviews, Reviews Tagged With: Gonzo Tanpa Fiasco, Ku Syafiq, Ku Syafiq Ku Fozi, rabak lit

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Page 4
  • Page 5
  • Page 6
  • Interim pages omitted …
  • Page 607
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

Search for a topic, review or lesson:

Recent Posts

  • Ulasan Buku: Brader, Kita Mesti Terus Hidup oleh Nasir Jani
  • Book Review: Jazz Tunes – Malaysian Collection Series: Volume 1 by Rafi SUHU
  • Ulasan Buku: Gitar Klasik Melayu oleh Rafi SUHU
  • Ulasan Buku: Gonzo Tanpa Fiasco: Muzik Tidak Harus Tewas oleh Ku Syafiq Ku Fozi
  • Interview with Malaysian guitarist and composer LK Wong

Categories

Buy Me A Coffee

Hi Az Samad here! I am disclosing that I’ve included certain products and links to those products on this site that I will earn an affiliate commission for any purchases you make. 

Whenever possible, I've tried to include a mention that the link is an affiliate link but since the site is so big by now, I'm including this note so so that you are aware.

That being said, as I always mentions - all reviews reflect my honest opinion of the book/course/product. My goal is not to recommend everything to everyone but to give you as much information about my experience with it so that you have a better idea whether it might be for you (or not).

Copyright © 2026 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in