Dalam post ini kita akan dalami kisah hidup & pengalaman seorang pemuzik Malaysia (dan #GengSuratMuzik), Ruvi!
Dia ni drummer yang berpengalaman & aktif dalam bidang music production, siap tulis muzik untuk filem, rancangan TV dan iklan juga.
Banyak dia akan kongsi dengan awak hari ini.
You can learn a lot from his experience.
Jom, let’s get to know Ruvi.
1) Boleh cerita sikit latar belakang muzik Ruvi?
Saya actually start dengan teater group Tunas Budaya. And masa tu, around 1995-2000, ada a few production yang saya involved, ada live musicians.
Usually from the late Pak Ngah Suhaimi punya team. And usually ada the same drummer which is Abang Din. And i asked him to teach me some drum pattern. So he did, and he said “Kau ni actually ada talent la main drum”. So saya macam, oraitt. This is my next target. Nak main muzik. So my mum called a private teacher datang rumah & ajar piano. (sebab kat rumah ada piano. I lived in a apartment, so drum memang tak boleh la)
So when i got into my high school, i decided to join the marching band. Since saya masuk Victoria Institution, family tak halang lah sebab marching band diorang famous haha. Actually I auditioned to play saxophone, I don’t know why. But i have asthma back then, so kena reject. And since i told them i took piano lesson at home, diorang hantar saya to play the xylophone. And that’s the turning point for me. I fell in love with mallet percussions. Because it’s a hybrid instrument between piano & drums. I love both of them. Now I got to play an instrument yang ada nature of both.
When i was in form 4, my classmate bagitau he has a band and diorang takde drummer.
Do I want to play?
I said of course!
And in that band lah yang saya kenal Anas & Aizat Amdan. And i remember we joined a battle of the bands in our school. Deja Voodoo Spells perform masa tu. And seeing them live, lagi buat saya sure, saya memang nak main muzik. I love the stage. Since my theatre days. So to be on stage playing awesome music like those guys, memang my dream lah. The band lasted until around 2006, playing in school proms, KL Jam Asia’s session and Reza Salleh’s Moonshine at Laundry Bar at The Curve.
So since saya memang sure nak main muzik, saya decide nak sambung diploma in music. My mom was a bit against it at first, sebab dia taknak saya jadi pemuzik yang macam kita selalu tengok kat tv tu, yang main kat kelab lepas tu minum & kaki perempuan semua. But saya berjaya convince dia yang saya sendiri memang tak minat pun nak ke arah tu. Tu bukan target saya bila nak main muzik.
Bila masuk fakulti muzik UiTM, saya ambil major in western percussion, sebab dalam kategory tu yang ada marimba. Saya belajar dengan Encik Zahrein, seorang percussionist & drumline instructor yang famous dengan drumline dia sendiri iaitu Batteryheadz.
So saya lebih banyak terdedah dengan orchestral environment which saya pun suka. Sebab konsep learning tu sama macam marching band. Saya memang suka be in a group. Saya lagi satisfied dengan projek berkumpulan daripada perform seorang. Mungkin sebab dah terbiasa dengan environment teater tu.
Tapi dekat luar, saya lebih banyak dipanggil as drummer. Saya mula profession saya sebagai drummer dengan Aizat Amdan. Memandangkan kitorang memang kawan, so dia panggil as sessionist lepas dia keluarkan album. Dan dari situ saya mula kenal lebih ramai orang and makin ramai orang yang trust dengan capability saya. Lagi pun, mana ada show yang nak pemain marimba haha. So saya kena master juga permainan drum untuk saya dapat gig. At least dia still dalam minat saya.
Jadi saya pun makin banyak pergi gig dan tengok performance orang, kenal orang. Yang kelakarnya, maybe sebab law of attraction lah kot, kebanyakan singer/songwriter yang saya minat muzik dia, end up call saya untuk jadi sessionist. Macam Liyana Fizi, The Impatient Sisters, Diandra Arjunaidi, 7 Collar T-Shirt, Priscilla Xavier, Amir Jahari, and banyak lagi singer/songwriter lain yang saya actually memang sejujurnya minat muzik diorang.
So saya approach diorang sebagai peminat. Tapi lepas tu dapat call untuk main sekali. So saya sangat bersyukur sebab saya dapat jadi sessionist, memainkan muzik yang memang saya dah hafal sebab saya memang minat lagu diorang.
Saya juga ada beberapa band sendiri macam No Noise Percussion, satu group percussion yang main alat yang bukan untuk main muzik. Macam group Stomp tu. Ada sGo Gerila! yang join Versus TV9 tahun 2012. Dekat situ saya kenal lebih ramai orang industri tv, music producer & music studio.
So masa tu saya dah nampak yang, di masa hadapan, saya nak try music production pulak. So duit saya dapat masa Versus tu saya kumpul and beli Macbook. Masa tu saya start bergelumang dengan Logic Pro X, dan masih pakai dengan aktif untuk music production saya hari ni.
Tahun 2014, Takahara Suiko decide untuk jadikan The Venopian Solitude as a band, bukan solo act lagi. And dekat sini saya kembangkan lagi punya idea dengan guna unconventional setup. Saya main drum berdiri, and saya add Xylosynth dalam setup saya.
Masa ni saya memang excited.
Saya dapat main drum, saya dapat main mallet percussion. Dan saya memang tak suka duduk bila perform. Tak dapat nak bagi body expression. Saya membesar dengan teater, semua gestures kena besar on stage. So duduk memang tak membantu saya untuk express.
Tahun 2015 – 2017, saya bekerja di Banglo9 Studio di Petaling Jaya. Masa ni saya dilatih oleh Bijan Fx untuk jadi studio assistant, kepada studio engineer, kepada composer untuk advertisement, documentary, dan belajar banyak pasal music production.
Tapi by the time hujung 2017, saya dah tak happy.
Sebab banyak show yang saya dapat, saya kena cancel atas sebab kerja. Ada banyak last minute studio recording, rehearsal yang tukar tarikh, pekerja lain cuti, macam-macam. So masa ni saya kind of had an anxiety attack sebab saya dah start rindu untuk perform. Saya saya sedar yang saya belum dapat capai lagi apa saya nak dalam performing, saya kena stop kerja ni dan keluar. Tapi kena make sure jadi la this time.
And dengan leganya, betul-betul lepas saya berhenti kerja, saya dapat tawaran untuk tour concert.
Bukan satu, tapi dua tour, back to back.
Satu dengan artis daripada Taiwan, Angela Zhang nama dia. Satu lagi dengan The Venopian Solitude. Puas saya keliling China dengan Europe sepanjang 2018-2019. Dan dalam masa tu juga, saya decide, ok, dah dapat capai target saya nak untuk performing.
Sekarang time untuk sambung plan music production saya.
So saya setup studio & team dekat Atasbybijanfx untuk buat music production and buka company saya Radiycal Production. And syukur, memang elok je studio saya siap, and saya dah mulakan music production projects dengan contacts saya yang saya dah kumpul selama ni, pandemic hits negara kita. Nasib saya baik sebab saya sempat bersedia.
Sepanjang 2020 – 2021, music production yang jadi rezeki utama saya. Saya beralih arah jadi komposer, arranger, producer, dan apa-apa servis yang melibatkan Digital Audio Workstation.
2) Ruvi memang banyak pengalaman touring. Mungkin boleh cerita sedikit pasal dunia touring yang Ruvi alami?
Actually pengalaman touring ni started in 2010. Saya first ke luar negara dengan Liyana Fizi. Singapore tak kira lah sebab boleh naik kereta je, and kampung saya memang Singapore. Tiap tahun raya balik sana haha. And touring is my 2nd biggest ultimate goal, daripada start belajar muzik. Siapa pemuzik yang taknak tour? Its the ultimate dream! Apa biggest ultimate dream pulak? Tu cerita untuk lain kali lah. (tiru style surat muzik haha)
So first experience was bila Liyana Fizi went to Australia. We performed for Malaysian students kat sana. And recorded a few music video dengan team Tapau. I think that was Tapau’s first international experience jugak. And im glad to a be part of it with Faris, Zul Luey, Pito, Syafiq Yaakob, & arwah Izaad Amir. Then the same team, excluding tapau, went outside again to record Liyana’s album in Bandung, Indonesia. We recorded at Ari Renaldi’s studio, he is Tulus’s Producer and he is super talented yet s very humble. Our studio engineer that time was LanLan, he is now bassist for Noah. And we stayed for about two weeks there to record.
And when Liyana’s album came out, we got an invitation to play in a festival in China. That was an ok trip, sebab tempat kitorang pergi quite kampung. And believe it or not, masa tu toilet dia takde pintu pun! So orang tengah buat apa dalam toilet tu semua boleh nampak weh. Aduuhh. Tu memang tak syok la. And after that we got invited to Korea. Apparently ada Korean tv station yang buat singing competition for students from around the globe yang belajar dekat korea. That was a really fun trip. The temperature was 0 celsius masa tu. But kitorang balik KL just one day before snow turun. Sadly tak berapa lama after that trip, Izaad Amir terlibat dengan kemalangan. He did not survive. That really took a toll on us. Sebab susah nak cari guitarist macam dia. And he is the one yang usually habiskan lagu Liyana. All Liyana’s song in the album, is lagu yang Liyana buat dengan dia. So Liyana was so lost that time. Lama juga.
In the meanwhile, I was getting busy finishing my degree in composition and more active with Aizat & the team at his studio. And we joined Versus as GoGerila. Won 2nd place. And bila GoGerila nak buat album, saya sempat buat satu lagu untuk arwah Izaad. Kalau check GoGerila – Pemergian, boleh dengar composition saya. Lirik pun saya buat, and actually ada selit a line from Az’s father, A Samad Said punya poem. Belum kenal Az Samad masa tu, but I love this one particular poetry of A Samad Said called “Lagu Bunga II”. Saya rasa sangat kena sajak tu untuk arwah Izaad.
Then GoGerila got invited to Australia, for the same gig yang Liyana pergi dulu. Performance for Malaysian students kat sana. And at the same time, we met Takahara. Dan tertubuhlah The Venopian Solitude. And after the recording of her first album, Aizat’s company, Kasi Gegar Entertainment, decide to bawak all their talents to Japan. Ada macam music conference. So ada GoGerila, The Venopian Solitude, & Amir Jahari. We performed in Tokyo & Osaka. Then masa balik from Japan I think, yang Taka decide to continue The Venopian Solitude as a band, bukan solo act lagi.
After that, Liyana met Rudy Nastia. Pito (the bassist) yang suggest untuk Rudy gantikan Izaad. And Rudy did a fantastic job. Dia memang talented. So Liyana continued her journey. We were invited to perform in Penang Jazz Fest, and from there, international festival lain panggil. We went on a China tour, from Beishan, to Li Jiang, and a few other places I cannot remember. Then to Jarasum Jazz Fest Korea, where i got to meet Steve Gadd! My idol! He’s a legendary drummer. We share the same stage ok! Bangga gila masa tu dapat jumpa Steve Gadd in person and mintak dia sign my snare skin. I think thats the last trip with Liyana. I cannot remember the chronology. This all happened between 2009-2014.
Between 2015-2017, saya tak ke mana rasanya. Sebab kerja dekat Banglo9. Early 2017, saya berhenti kerja sebab nak focus balik dekat performance. Masa ni tak silap saya TVS pergi ke satu Showcase Festival dekat Korea, Zandari Festa nama dia. Festival ni is untuk mana-mana band dari serata dunia apply untuk perform sambil disaksikan oleh booking manager untuk festival dari seluruh dunia. Dekat situ kami berkenalan dengan Jerome, seorang booking manager daripada Amsterdam, yang in future, akan panggil TVS untuk perform dekat Europe.
Then later that year, saya dapat call from my friend, Loh Ui Li. She is a famous local arranger & keyboardist. Saya actually banyak kerja dengan dia as drummer. Tapi satu hari tu tiba-tiba out of the blue dia tanya saya, saya lagi suka main apa. Drum or percussion? Saya jawab memang percussion lah. Dari dulu lagi suka. So dia kata ok. Lepas tu senyap. Haha. Then one day, dia call, dia kata ada band audition. Bawak semua barang percussion yang saya ada, and study lagu yang dia bagi. Saya pun dengar, huish. Lagu mandarin. Lain macam. Tapi saya tak tanya banyak la. Sebab saya percaya kat Ui Li ni.
So kitorang audition dekat Banglo9, tempat kerja lama saya tu. Ada music director from Singapore turun sini and nilai kan masing-masing. Ada 9 orang masa tu dalam band yang audition sama-sama. Then the music director, Kenn C nama dia, told us yang dia akan call setiap sorang untuk bagitau sama ada dapat atau tak. Bad news is, 5 orang je dapat. Good news is, saya salah seorang! Masa tu memang rasa best gila.
Then masa sign kontrak, baru saya tau betapa besarnya tour yang saya nak main ni. Haha. Kitorang perform untuk artis from Taiwan nama Angela Zhang Shao Han. Sebelum ni experience saya pergi seminggu, dua tiga show, balik dah.
Ni memang continuous 30 shows pusing China, Malaysia & Singapore.
Seminggu satu show.
Berapa bulan nak lalu tu.
Lepas tu saya dapat tau, 30 shows tu pun kira sikit untuk diorang.
Artis yang level legend, diorang beratus show. Satu season tu setahun tour China. Punya lah besar China ni.
Masa tu maybe doa saya untuk jadi touring musician termakbul lah kot, elok je saya sign kontrak untuk China tour tu, The Venopian Solitude pulak dapat invitation untuk tour Europe!
Aduhhh. Happy memang sangat happy. Tapi saya risau benda akan clashing. So masa planning untuk persediaan Euro tour tu & China tour tu, kedua-dua side somehow kena plan untuk make sure tak clash dengan masing-masing. Yang bestnya, pihak China tour tu pun ambik berat tentang schedule musician dia. So in the end, memang tak clashing. Tapi, very near to each other.
Tahun 2018, TVS Euro tour jalan dulu. Tapi rehearsal untuk China tour dah start. Rehearsal diorang kat Singapore. Saya ingat lagi, habis je rehearsal untuk China tour, saya ada dua hari je untuk pack everything and bergerak ke Copenhagen, Denmark. So TVS perform dekat 6 venue : Denmark, Spain, Netherland, Sweden, & Germany. Dekat Spain tu, kitorang actually perform dekat Sonar Festival, sekali dengan Thom Yorke & Gorillaz! Gila tak gila!!
Tapi again, nasib tak berapa menyebelahi saya sebab kitorang perform siang, by malam dah kena bergerak ke tempat lain. Thom Yorke perform malam & Gorillaz perform esoknya. Aduhh. Rasa sayang gila sebab venue bukan jauh sangat daripada Airbnb kitorang. And masa bergerak daripada spain nak ke netherland tu, hari raya. So kitorang pakai baju raya naik flight, and video call family masing-masing pagi raya dekat netherlands. Fuh sedih time tu.
Masa dekat Germany, kitorang perform untuk Fusion Festival. Festival ni pecah. Besar gila festival ni. Dia satu daerah lapang tu dibuka as festival. Ada dalam 8 stage rasanya. And semua jauh-jauh. Kena naik buggy nak pergi from stage to stage. Festival ni 3 ke 4 hari. So semua orang camping dalam tu tak keluar. Mandi pun in the open. Bayangkan betapa pecahnya situation dalam festival tu. Yang menari, yang ehem ehem, yang pass out, rasa macam tak kena je kitorang kat situ haha. Tapi kitorang duduk rumah kat luar kawasan festival. So lega sikit.
Tapi masalahnya supermarket terdekat dalam 30km jauh kot jauh dia.
So kitorang terpaksa jalan kaki ke satu-satunya bar dalam kawasan kampung tu, yang berada di luar festival, untuk beli makanan. Tapi diorang mana ada benda halal. Bar kot. Bedal la order nugget ayam berpuluh set dengan potato salad untuk makan sama-sama. Nasib baik orang bar tu ada stok. Habis terus nugget dia untuk hari tu.
Balik je daripada Euro tour, saya touchdown, balik rumah, pergi dobi, balik terus packing. Sebab esoknya saya terus kena ke Taiwan untuk sambung rehearsal tour China. Sampai di Taiwan, wow lain betul rasa. Sebab diorang betul-betul treat kita macam artis professional. Studio besar, barang yang saya minta semuanya ada, diorang siap ambik order untuk kopi starbucks every morning & every evening masa rehearsal. Fuh syok.
Lepas tu kalau nak apa-apa, ada Liaison Officer (LO) yang akan try untuk arrangekan. Nak pergi jalan-jalan ke, apa ke, semua kena bagitau LO tu. Sebab kita tengah berada bawah jagaan diorang. Apa-apa jadi, diorang kena nanti. Tapi pressure dia pun, professional la. Music Director (MD) bagitau apa-apa sekali sahaja. Terus kena jalankan. Tak ada time untuk tunggu siapa-siapa buat silap or lambat pickup.
Dari segi sound, dynamic, pertukaran form, pertukaran key, even jenis fill-in yang drummer buat pun akan di ambil kira. Semuanya carefully planned. Sebab the whole show is almost 3 hours, and kita bermain dengan video dekat LED, hydraulics, keluar masuk penyanyi jemputan, penari, lighting, jadi music parts semuanya kena play as accurate as they can be, every time. Salah sorang buat silap, akan bagi kesan dekat team lain and the whole show.
Balik daripada Taiwan, kitorang ada down time dalam seminggu untuk setelkan apa-apa. Then kitorang mulakan tour. Masa tu nasib baik, mulanya diorang nak buat semua team pergi China, then stay sana sampai tour habis. Tapi tak jadi. Sebab cost very high. So diorang decide untuk pergi every weekend. Khamis naik flight ke China, jumaat rehearsal & soundcheck dekat venue, sabtu show, ahad balik ke negara masing-masing. Maka almost 4 ke 5 months la saya buat rutin tu.
Sepanjang tour, satu benda yang saya perasan, sangat dititik beratkan, is disiplin. Punctuality paling diorang jaga.
Saya ingat ada satu kes seorang penari ni daripada Spain tak silap saya, dia terbangun lambat, dan bas tinggal dia. Masa rehearsal dah start pun dia tak sampai lagi, sebab dia kena naik teksi sendiri la ke stadium.
Memang kecoh masa tu sebab boss besar (CEO of the tour organiser company) memang marah betul.
Sebab bila kurang sorang, positioning penari atas stage jadi lopong, kamera & lights tak dapat nak rehearsal secara tepat.
Next show which is minggu hadapannya, penari tu takde dah. Kontrak dia dibatalkan sebab dia tak menepati etika kerja seperti dijanjikan dalam kontrak. Dia diganti dengan orang lain. Masa ni saya pun goyang jugak. Tak main-main diorang ni haha.
Antara pengalaman lain yang saya ingat is perasaan saya masa first show of the tour. Kami main di stadium. Semua show kami, semua dekat stadium. Ada yang stadium tertutup, ada yang terbuka.
Jadi bayangkan, tiket sold out!
Almost all concert tickets sold out. Tiket dia tak murah sangat ye. Saya kira kalau convert ke ringgit, tiket paling murah dalam RM98 dan paling mahal RM1200. Boleh sold out.
So masa tengah standby back stage, tak nampak lagi audience. Bila naik je stage untuk standby nak start show, masa tu first time nampak stadium penuh daripada atas sampai depan stage. Berderau darah saya. Rasa macam tengah tengok concert Coldplay. Penuh sepenuhnya stadium tu. And bila crowd nyanyi sekali lagu-lagu Angela Zhang tu, walaupun saya cuma pemuzik, tapi tetap meremang. Lagi bila dah tengah-tengah tour, bila saya dah hafal most of the songs. Saya pun ikut nyanyi sekali, sebab memang best perasaan tu.
Paling mencabar masa tu is main dalam cuaca sejuk. Sebelum ni pernah je cuaca sejuk tapi main indoor. Saya tak ingat dekat mana, tapi ada sekali tu show kami dekat outdoor stadium.
Tapi bila malam, suhu turun 9 celsius. Tu suhu. Belum kira angin.
Kalau dekat google weather kan, kita jangan tengok suhu je. Tengok angin jugak.
Akan ada column yang tulis “Feels like __ celcius”.
So hari tu saya check suhu 9 celcius, tapi feels like 0 celsius. Sebab angin kuat. Saya dah la main percussion, habis sejuk semua barang saya. Bassist & guitarist merekah jari. And kitorang semua ada heatpack dalam jacket. So everytime tak main je, tangan masuk poket pegang heatpack tu.
Tapi audience semua tak pakai jaket pun. Rilek je pakai tshirt. Saya pun tak faham. Mungkin dah biasa. Sebab dekat tempat tu, yang saya baca, 9 celsius tu kira summer. Haha. Tak kelakar langsung suhu dia. Ni dah kira China yang dah tanah tinggi.
Penginapan pulak, fuh. Paling kurang 4 star. Tu yang best tu.
Everytime pergi venue lain pun, saya tetap akan impress dengan hotel yang kitorang duduk. Ada yang memang luxurious, ada yang spa-style, ada yang eksperimental. Saya ingat ada satu hotel ni, eksperimental teruk. Konsep dia adalah clubbing. Yang ni impressive tapi pening kepala. Bayangkan masuk je hotel, selalu ada lounge area yang biasanya ada pianist perform ke, trio band ke. Tak. Dia letak DJ dengan lampu clubbing dekat lounge area ya. So DJ tu actually memang akan perform daripada tengahari, sampai ke petang, lepas tu dia sambung dekat tingkat paling atas, sebab ada bar.
Bilik hotel pun ada macam-macam jenis warna lampu. Masuk lif ada lampu disko dengan lagu clubbing jugak. Weh pening weh. Hahaha. Tak rilek langsung hotel tu.
Tapi yang sweetnya, artis tu herself, Angela Zhang, jaga kitorang. Ada sekali kitorang dapat hotel 3 star. Dah check in & settle down semua dah. Pada saya hotel tu, lebih kurang sama taraf je dengan yang lain.
Tapi Angela sendiri masa sampai hotel, dia pelik kenapa musician tak ada.
Dia duduk hotel 4 star la. Dia dapat tau je kitorang duduk hotel 3 star, dia terus pergi jumpa boss besar and bagitau dia tak kira, dia nak musician dia dapat hotel sama dengan dia. Peh, masa tu macam, bersyukur la. Dia memang actually care.
Di penghujung tour, masa tu dah masuk 2019, boss besar dah bagitau, tour ni akan sambung lagi end of the year! Yeayy! Saya memang happy masa tu. Sebab tour tu sendiri memang best, music director best, musician yang perform sekali pun best, gaji pun best jugak. Duit tour tu la saya kumpul & siapkan studio saya dekat Atasbybijanfx. Lepas dapat berita tu, TVS pun dapat berita yang Euro tour akan sambung lagi. Hahaha.
Maka tahun 2019, daripada July sampai ke January 2020, saya ulang balik rutin tour saya. Sama juga berkejar-kejar flight. Ada satu show tvs dekat Singapura kot masa tu saya ingat yang saya balik daripada China, turun airport, tunggu kat airport untuk TVS datang and bergerak ke Singapura pulak. Saya tak sempat balik pun masa tu. Penat tapi best sangat-sangat.
Ada satu pengalaman tak best masa tour saya tahun 2019.
Saya actually berada dekat Wuhan, China masa virus Covid-19 outbreak ni start.
Ye saya tengah tour masa tu, dan saya berada dekat tempat pandemik ni start. Gila tak. Saya ingat lagi saya tengok berita dekat tv masa dalam bilik hotel, ada satu perkampungan dalam Wuhan yang ditutup sebab ada virus outbreak. Masa saya nak bergerak ke airport untuk balik, bas kitorang kena plan perjalanan sebab masa tu dah banyak roadblock. And masa perjalanan pun, dah nampak ambulans dengan kereta polis banyak-banyak bergerak ke arah bertentangan kitorang.
Rasa macam dalam game.
2 hari lepas tu tak silap saya, yang Wuhan ditutup completely. Bayangkan kalau saya stay lagi dua hari, tak tahulah apa nasib saya masa tu.
So far tu jelah yang saya ingat pasal pengalaman tour saya. Actually banyak lagi cerita dekat 2nd season TVS Euro Tour & Angela Zhang Tour ni, tapi tu cerita untuk lain kali lah (tiru surat muzik lagi ahaha).
Kalau nak lalui experience yang saya lalu, saya actually ada buat vlog dekat youtube saya. Saya buat series Ruvi Tour Dunia.
Dalam series tu saya rekod almost everything yang saya buat dekat every venue sepanjang tour Angela Zhang ni berlaku. Tapi dah 2nd tour punya season la baru saya start rekod. 1st season saya still cuak-cuak lagi so tak berani nak rekod apa-apa. Saya fokus dekat kerja saya je. Dan kalau nak tengok TVS punya Euro Tour, pun saya ada dokumen. Cuma upload dekat youtube dan instagram The Venopian Solitude. Saya bagi link dekat bawah ni.
Ruvi Tour Dunia series :
TVS to Euro season 1 : https://www.instagram.com/explore/tags/tvstoeuro/
TVS to Euro season 2: https://www.instagram.com/explore/tags/tvstoeuro2019/
3) Apa projek menarik terkini yang Ruvi boleh kongsi cerita sikit?
Buat masa ni, ada 4 projek yang tengah excited.
1) Saya terpilih untuk jadi part of music team untuk satu filem animasi yang bakal keluar tahun depan. Cerita apa tak boleh bagitahu lagi sebab dah sign kontrak la haha. Tapi kalau korang ada anak-anak or adik kecik kat rumah, mesti tahu lah cerita ni. Haa boleh teka sendiri
2) Saya dan beberapa kawan pemuzik saya mulakan satu projek band baru, bernama Voltar. Line up dia memang orang yang saya sangat suka untuk buat muzik & perform sekali. Ada Rudy Nastia, Achik Wahid, Abdul Karim, Jenk Ali, & Pito Bass. Kami baru apply grant untuk jalankan projek kami. Doa-doakan kami dapat grant tu ya. Boleh follow kami di instagram @wearevoltar. Belum ada apa-apa post, sebab betul baru buat. tapi mana la tau nak follow awal.
3) Saya tengah buat satu siri of covers di mana saya ambil lagu-lagu daripada indie bands zaman Xfm, tahun 2000-2010 macam tu, reimagine the songs and collab dengan singer/songwriters yang lebih muda. Saya belum bagi tajuk projek lagi. Tapi dah ada 3 lagu and so far dah ada dua orang singer/songwriter lagi muda daripada saya yang dah ambik pun demo untuk diorang rekod vocal diorang. Ni kira tribute saya to those bands sebab usaha diorang somehow buka jalan untuk saya juga.
4) Saya ada buat project band dengan kawan saya Izhar & Apip awal tahun ni. Sebab kitorang ada buat a few songs together for other project. So kitorang actually kumpulkan lagu-lagu draft yang kena reject dengan client and jadikan lagu baru. And kitorang keluarkan satu single last two months kot. Sekarang tengah work on single kedua.
Boleh dengar lagu Senja Temu Lelah ft Leaism dekat Spotify & YouTube :
Spotify : https://open.spotify.com/track/7owFPIby8gXkjBXHieRhml?si=37fbfd6677844a88
Youtube : https://youtu.be/4ovNhO4-dMs
4) Apa cabaran terbesar Ruvi ketika ini?
Payment Security.
Macam yang kita tahu, kerja muzik ni, kalau selain mengajar, kurang konsisten sikit dari segi financial.
Ada projek bayar sikit, tapi cepat. Ada projek bayar banyak, tapi lambat. Ada projek yang tak bayar terus. Dia bluetick je haha.
Jadi dalam saya dok jalankan music production tu, saya ada mengajar juga secara online di Aswara dan Pondok Seni. Bukan sebab consistency sangat pun, sebab universiti ni boleh tahan juga dia punya lambat bayar haha. Lagi bila kita kerja part time. Gaji ikut claim. Fuh memang berpeluh tunggu. Tapi ada security. Saya tau diorang memang akan bayar. Sebab ada perjanjian rasmi.
Kalau dengan client, especially yang personal client, bukan company, kurang security. Yang tu saya masih belum dapat atasi. Saya ada cari cara-cara untuk buat kontrak freelance, tapi kebanyakan template saya jumpa memang diorang buat merujuk kepada undang-undang setempat negara diorang.
So maknanya saya kena juga refer kepada peguam tempatan untuk buat benda ni. So far saya borak dengan orang music production lain, diorang pun pakai invoice & email je as bukti. Tak ada kontrak. Jadi saya rasa saya memang nak try untuk tingkatkan security dengan pembuatan kontrak tu. Mungkin di masa depan, boleh jadi rujukan untuk music production lain juga, sekecil mana pun job tu, tetap ada jaminan.
5) Boleh cerita pasal Independent Artist Package dari Radiycal Production? Macam apa yang ilhamkan Ruvi buat tu & bagaimana sambutan setakat ini?
Saya mula terfikir idea ni masa saya sendiri buat muzik dengan satu band projek saya, Marisman. Masa ni saya buat almost semua. Composition, lirik, recording, editing. Walaupun projek tu suka-suka je, tapi tetap penat & banyak masa habis.
Saya terfikir, kalau aku bayar je orang arrangekan & edit, mix, master, kan senang. Patutla artis suka bayar je orang buat. Boleh fokus dekat benda lain yang lebih penting. Kerja ke, promotion ke, macam-macam la.
Lepas tu saya tengok akaun bank, hmm. Bukan ada duit sangat pun.
And usually nak bayar production, diorang minta deposit 50%.
Harga servis RM3000 contohnya, deposit RM1500.
Huish kalau kumpul duit sama kawan-kawan pun, berapa bulan jugak baru boleh bayar deposit ni.
Lepas tu saya terfikir, kalau aku yang buat muzik full time ni pun tak mampu bayar music production services, apatah lagi rakyat marhaen yang lain.
Yang memang gaji kecik. Lagi in this economy now.
Saya rasa sayang.
Ada time saya masuk clubhouse, saya masuk rooms yang ada open mic session, saya dengar banyak orang berbakat. Nyanyi lagu composition sendiri pulak tu.
Saya fikir, ish. Apa kata aku buat satu pakej yang harga ok.
Tak cukup murah untuk kena marah dengan orang produksi lain, tapi tak mahal sampai orang biasa tak mampu nak ambik servis tu.
So saya buat research untuk rates music production di serata Malaysia. And daripada situ, saya puratakan, dan buat plan pembayaran ansuran yang lebih panjang supaya orang boleh bayar sikit-sikit. Takde interest pun. Saya bukan bank. Bagi peluang orang bayar slow-slow. Bayar sekali, then kumpul duit untuk bayaran seterusnya. Sambil diorang kumpul duit, kami work on lagu diorang sampai ke next phase. Maka terciptalah Independent Artist Package tu.
Kalau korang yang baca ni nak find out lebih lanjut pasal pakej ni, boleh klik link ni ok :
https://www.canva.com/design/DAEnmS5t4Nw/Dzbi5wWCRNehHRtZv0NRxA/view?website#2
6) Ruvi amat aktif buat Instagram Reels. Apa yang buat Ruvi fokus pada format tu?
Masa mula-mula saya start tour dulu, saya fikir, tak ramai orang yang buat apa saya buat ni. Saya rasa dalam generation musician umur saya, kitorang antara tu yang first dapat tour macam tu. Setahu saya la. So saya decide untuk dokumen semua experience saya ke dalam youtube saya. Tapi edit video untuk youtube, aduhh.
Penat.
Satu video ambik dalam seminggu saya nak edit. Sebab saya edit bit by bit in between kerja. Footage banyak, berjam-jam, nak compress jadi satu video yang duration dalam 5-7 minit. Panjang sangat nanti, orang tak nak tengok pulak. Saya nak share dengan orang, kena make sure video saya watchable la kan.
Tapi penat. End up saya stop je. Sebab tak larat.
So bila ada TikTok & Reels, saya rasa dia macam youtube yang lebih pendek, lebih compact. So saya jadi excited sebab saya boleh share sama macam saya share kat youtube dulu, tapi sekarang saya tak perlu edit sampai seminggu. At the same time, saya banyak buat sharing session dengan UiTM & dengan kawan-kawan, and ramai gila tanya soalan pasal home production ni.
Since saya buat full time, ramai yang refer ke saya macamana buat. Barang apa pakai, DAW apa pakai, macamana nak pakai, macam-macam. So saya realise, actually ramai yang taktau, and nak tau. Cuma diorang tak tanya dekat orang lain, bukan sebab diorang segan. Sebab diorang pun tak tau apa yang diorang tak tau. Faham ke? Haha.
So saya buat video-video pendek tu supaya dapat bantu orang yang memang tak tau, untuk jadi tau apa yang diorang nak tanya next.
So video-video tu usually sejam je edit dah boleh post. Tak penat. And the videos somehow promotes itself. Sebab cara TikTok & reels tu disebarkan memang macam tu. Kalau youtube, dah penat edit, nak kena buat trailer, thumbnail, nak kena promote mintak orang tengok lagi, aduu penatnyaa. Tiktok & Reels, upload, kita share the actual content kat story ke post, dah.
Orang yang minat muzik contohnya, akan terjumpa jugak video saya. Sebab senang nak scroll. Saya pun banyak content best saya jumpa dekat Reels & TikTok. Mostly educational. That’s why saya suka konsep tu.
7) Akhir sekali, apa 3 tips penting yang Ruvi boleh kongsi untuk mereka yang nak masuk industri muzik Malaysia?
- BE A GOOD HUMAN BEING. Ni tips nombor satu saya. To be a good musician, is to actually be a good human being. Humble, hormat masa & usaha orang lain, berkawan dengan orang lain, semua good virtues tu, try dapatkan ke arah tu. Percayalah anda akan dapat lebih banyak call untuk jadi pemuzik, tak kisah di industri negara mana pun. Pemuzik dahsyat tapi sombong vs Pemuzik tak dahsyat tapi baik. Orang akan pilih yang baik. Tak dahsyat boleh practice. Perangai tak baik, tak boleh buat apa. Maka jadilah orang yang baik. Tak rugi pun. Kalau tak jadi pemuzik pun, korang akan jadi orang yang berguna untuk masyarakat & negara.
- BE GOOD TO YOURSELF. Saya banyak jumpa pemuzik yang kerja sampai tak tidur, ambil semua job selagi boleh, try puaskan hati semua orang, sampai kena depression, burn out, anxiety, suicidal, macam-macam lagi. Maka sayangilah diri anda. Percayalah cakap saya, pemuzik yang tahu mengurus diri dan sayang diri dia, lagi dihargai oleh industri & client. Kalau tak mampu terima atau siapkan job, pass pada kawan lain. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Kalau anda rasa team anda toksik, jauhi perlahan-lahan. Saya salah seorang yang lambat sedar benda ni. Isteri saya yang ajar saya untuk sayang diri sendiri. Lepas saya tinggalkan yang toksik, dan urus pekerjaan, actually lepas tu kerja saya lebih berkualiti. Dan kawan-kawan lain yang saya pass job pun, end up bekerjasama dengan saya juga. Sama-sama improve. Kan lagi best macam tu.
- FOCUS. Saya dulu konon-konon suka buat banyak benda at the same time. Tapi end up semua benda yang saya tengah buat tu, satu pun tak siap. Atau siap tapi entah apa-apa result dia. Mungkin tu kelemahan saya. Tapi saya rasa ni apply pada semua. Masa tengah perform, focus. Tengah buat lagu, focus. Tutup phone kalau perlu. Buang semua masalah semasa. Pedulikan kalau orang kata awak tak cool sebab tak join game or tak join lepak. Masa awak dah lebih ke depan dalam kehidupan nanti, diorang masih dekat tempat sama and cakap awak tak cool. So biarkan diorang. Sayang diri sendiri dulu. Mute kan perkara lain, fokus pada apa anda tengah buat, dan buat betul-betul.
TAMMAT!
Apa yang awak dapat dari siri ni?
Hari ini saya kongsi lima ilmu yang saya dapat.
Bagi saya:
1) Kawan & collaborate
Banyak gig yang Ruvi dapat datang dari approach mulanya sebagai peminat muzik mereka:
So saya approach diorang sebagai peminat. Tapi lepas tu dapat call untuk main sekali. So saya sangat bersyukur sebab saya dapat jadi sessionist, memainkan muzik yang memang saya dah hafal sebab saya memang minat lagu diorang.
2) Timing tu penting. Sedia & prihatin pada target awak!
Kita kena ada rancangan & persediaan. Lepas tu open kepada peluang yang muncul:
And dengan leganya, betul-betul lepas saya berhenti kerja, saya dapat tawaran untuk tour concert.
Bukan satu, tapi dua tour, back to back.
Satu dengan artis daripada Taiwan, Angela Zhang nama dia. Satu lagi dengan The Venopian Solitude. Puas saya keliling China dengan Europe sepanjang 2018-2019. Dan dalam masa tu juga, saya decide, ok, dah dapat capai target saya nak untuk performing.
Sekarang time untuk sambung plan music production saya.
3) Belajar dari yang berpengalaman
Ruvi belajar dari seorang professional. Dia bukan gunakan YouTube – tapi ada mentor!
Tahun 2015 – 2017, saya bekerja di Banglo9 Studio di Petaling Jaya. Masa ni saya dilatih oleh Bijan Fx untuk jadi studio assistant, kepada studio engineer, kepada composer untuk advertisement, documentary, dan belajar banyak pasal music production.
4) Cari apa yang buat awak excited
Ruvi mula sebagai performer & kemudian cuba music production:
Saya juga ada beberapa band sendiri macam No Noise Percussion, satu group percussion yang main alat yang bukan untuk main muzik. Macam group Stomp tu. Ada sGo Gerila! yang join Versus TV9 tahun 2012. Dekat situ saya kenal lebih ramai orang industri tv, music producer & music studio.
So masa tu saya dah nampak yang, di masa hadapan, saya nak try music production pulak. So duit saya dapat masa Versus tu saya kumpul and beli Macbook. Masa tu saya start bergelumang dengan Logic Pro X, dan masih pakai dengan aktif untuk music production saya hari ni.
5) Pastikan ada multiple streams of income
Ruvi bukan saja seorang performer tapi juga dalam bidang music production. Itu memberikan dia peluang rezeki pada masa mencabar ni.
So saya setup studio & team dekat Atasbybijanfx untuk buat music production and buka company saya Radiycal Production. And syukur, memang elok je studio saya siap, and saya dah mulakan music production projects dengan contacts saya yang saya dah kumpul selama ni, pandemic hits negara kita. Nasib saya baik sebab saya sempat bersedia.
Sepanjang 2020 – 2021, music production yang jadi rezeki utama saya. Saya beralih arah jadi komposer, arranger, producer, dan apa-apa servis yang melibatkan Digital Audio Workstation.
Terima kasih sekali lagi Ruvi atas perkongsian ini.
Kalau awak enjoy apa dia kongsi, reach out to him kat Twitter atau Instagram sini:
https://twitter.com/ruviyamin
https://www.instagram.com/ruviyamin/
Make sure cakap awak dah baca interview kat azsamadlessons.com ni! 🙂
Awak pula bagaimana?
Nak tahu cara saya (dan ramai students saya) bina kerjaya muzik?
Check out dalam course Strategi Bina Kerjaya Muzik.
Berminat?
Klik sini untuk dapatkan:
Leave a Reply