
Kumpulan puisi terbaru Jack Malik ini saya kira diatur dengan bijak. Tampaknya 50 puisi, tapi dalam 50 karya itu dikelompok kepada 8 tajuk lebih besar. Semua ini memberi struktur yang memupuk kita lebih senang menghadam dan menikmati luahan minda penulis Ipoh ini.
PETALING JAYA DALAM TUJUH KORUS memulakan perjalanan buku ini dengan nada yang rancak dan penuh ritma. Ini wajar kerana semua ini ditujukan kepada Jack Kerouac, makanya sesuai frasa pendek dan rentak yang dialunkan. Saya terasa seperti sama menjadi seorang komuter melalui rentasan trafik Petaling Jaya dalam senafas saya makan tulisan ini.
SATORI DI ENAM BANDAR MALAYA muncul dan secara tak sengaja menjadi seakan guru sekolah puisi untuk saya. Mengapa? Kerana tidak tahunya saya perihal karya Kerouac, Satori in Paris – makanya saya mencari buku itu dulu, membaca sekali pintas Kerouac dan kemudian baru saya baca apa yang Jack (Malik) ingin sampaikan. Bagi saya, walaupun enam karya ini ringkas, tapi isinya padat. Seperti kita dibawa melawat dengan cepat, tapi terasa suasana setiap tempat.
Bergerak ke BLUES DI SEPULUH PEKAN BIRU, ada imbasan pengalaman, cerita lokal tempat yang dilalui serta interpretasi tempat berlapik referensi puisi. Semasa saya baca semua ini, saya teringat betapa Jack barangkali orang puisi yang teramat puisi kerana cinta Jack terhadap seni kata yang dihalusinya terikat erat dalam nukilannya.
ENAM BABAK DI BELANTARA BESI terasa personal. Intim. Rapat. Dalam membeli apam dan sate pun boleh jadi puisi, dan saya kira puisi paling indah kerap kita temui dalam saat paling biasa.
TUJUH GUBAHAN BUNGA KERTAS & SEBUAH SENANDUNG BERPUTIK membawa fokus saya kepada Bunga Kertas: Triptik yang bukan puisi Twin Cinema, tapi tampaknya Triplet Cinema. Sedap! Nikmat! Puitis.
Kembali pada blues, BLUES LEMBAH KINTA DALAM TUJUH HARAKAT sekali lagi merakam cinta Jack terhadap Ipoh, City of Love beliau dan juga melalui refleksi karya pengarah Yasmin Ahmad yang banyak bercerita dalam filem di Ipoh.
LIMA TREK LAGU UNTUK TIDAK BENCI PAGI menarik tapi barangkali tidak begitu menyengat bagi saya. Mungkin kerana saya pemuzik, apabila “lagu” digunakan sebagai format, saya seakan mengharap sesuatu… tapi tak sampai (walaupun masih sedap).
Menutup buku ini, KANTO LALUAN HARIMAU DALAM EMPAT PULUH SERPIHAN memberi imbasan perasaan yang bergerak dari satu fragmen ke fragmen yang lain. Ini puisi yang saya harap akan dapat dengar Jack persembahkan secara live suatu hari nanti. Saya rasa seperti ini mungkin seronok sebagai satu puisi yang dipersembahkan.
Akhir kata, kumpulan puisi ini ternyata merakam seorang Jack Malik yang lebih dewasa dan serasi dengan dirinya, rasa hatinya dan dunia seninya. Saya terasa nikmat membaca buku ini beberapa kali setakat ini, dan rasanya boleh dinikmati berulang lagi nanti. Kalau anda mencari puisi yang ada semangat “beat poets” tapi dalam Bahasa Malaysia, bolehlah pertimbangkan buku ini. Semoga hidangan Jack Malik ini dinikmati bersama!
Pros: Puisi penuh cinta, yang tak semestinya mengenai cinta.
Cons: Tak ada.
TLDR: Kalau anda peminat puisi yang menarik, mungkin karya terbaru Jack Malik ini sesuai untuk anda!
Terima kasih kepada Jack Malik yang sudi memberi saya senaskah buku ini untuk tujuan ulasan di sini. Karya ini saya hargai!
Buku ini boleh dibeli melalui Shopee di Kawah Buku
Suka post ni?
Jemput Langgan #SuratMuzik SETIAP HARI untuk baca cerita muzik, tips gitar & kerjaya muzik serta pelbagai perihal BEHIND THE SCENES yang saya tak kongsi kat tempat lain.
Free pun, kat sini GRATIS: http://suratmuzik.com/

[Submissions for Review Consideration]
- Are you an author who wrote a jazz, guitar or music book?
- Have you created a DVD or an online video course or subscription based website?
- Would you like me to review your book/course?
OR…
- Are you working with a gear company (guitar, pedals, amps, audio interface, plugins, guitar accesories)?
- Would you like me to review your gear?
Please send me a message at azsamad2 at gmail.com with:
For courses: a link to the course/video/product + access info etc.
For books: a link to the book (Dropbox) or PDF attachment (if it’s small) for review consideration.
For music gear/hardware or software: a link to the product page and order page
Depending on whether I dig the book/course/product, I’ll let you know if I do plan to review it!
I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p
NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. You dig?