Main gitar ini seronok, tapi ada masanya boleh mengelirukan terutama kalau tak tahu apa nak belajar dulu.
Kalau awak baru je nak main gitar, atau berfikir nak belajar main gitar, blog post ni mungkin boleh membantu.
Untuk mudahkan, fikir pasal lima benda ni dulu:
- Teknik Gitar Teratur
- Chords Asas Yang Berguna & Chord Progression Penting
- Rhythm Strumming dan Asas Plucking Pattern Yang Berguna
- Lagu Yang Awak Suka (Tapi Tak Banyak Chords)
- Latihan Yang Konsisten & Seronok
1. Teknik Gitar Teratur
Dari segi teknik gitar, saya recommend warm-up dengan senaman gitar.
Tengok playlist di sini:
Dalam playlist ni ada video yang tunjuk secara langkah demi langkah latihan yang lembutkan jari awak supaya lebih ligat main gitar. Tak kisahlah samada nak terer lead gitar ke, atau just nak tukar chords dengan lebih selesa, video ni sesuai untuk dijadikan panduan.
Kepada yang nak lebih cabaran lagi, boleh dapatkan course video Cabaran Hero Major Scales. Ini khusus kalau anda nak main gitar lebih sedap. Ini memang khas untuk gitaris yang berani saja. Selama 7 hari, anda dapat 7 cabaran (challenges) yang boleh dibuat selama 7 minit setiap hari. Ada yang gunakan ni sebagai warm-up, dan ada yang gunakan ini sebagai cara latih dengan konsisten walaupun sibuk dengan komitmen kerja & keluarga. Paling kurang pun dapat 7 minit sehari yang efektif!
Apabila dah lebih berpengalaman, boleh dalami teknik dalam kursus video Teknik Gitar Teratur 1 & Teknik Gitar Teratur 2. Dua ni berikan panduan lebih mendalam tentang teknik seperti alternate picking, economy picking, hybrid picking dan pelbagai teknik untuk gitaris intermediate atau advanced. Tapi masa mula, tak perlu bimbang pasal ni dulu.
2. Chords Asas Yang Berguna & Chord Progression Penting
Lepas dah ada teknik sedikit, bagus kalau belajar chords asas yang berguna.
Ada tiga jenis chords asas yang penting untuk pemula:
- Open Chords (ni awak dapat dalam course Langkah Gitar Girang 1)
- Power Chords (sound rock ni awak dapat dalami course Langkah Gitar Girang 2)
- Barre Chords (kadang-kadang orang panggil ni chord pacak. Ni dalam course Langkah Gitar Girang 3)
By the way, memang kursus video siri Langkah Gitar Girang tu saya design supaya dia step by step! Kalau nak start dari zero ke hero bab main gitar, boleh je mula dengan Langkah Gitar Girang 1 sebelum ke course lain.
Kalau anda peminat rock, memang power chords tu amat penting. Kalau anda suka lagu dari artis seperti Bob Dylan, Ramli Sarip, Iwan Fals, M. Nasir atau Kopratasa, penting untuk belajar open chords & barre chords. Tu memang penting kalau nak main lagu macam tu.
3. Rhythm Strumming dan Asas Plucking Pattern Yang Berguna
Sebenarnya strumming ni berkait rapat dengan teknik dan rhythm.
Apabila mula belajar strumming, anda ada pilihan nak strumming pakai jari atau pick/plectrum.
Mana yang lagi best? Sebenarnya ni pilihan sendiri bergantung sound yang anda minat.
Kalau tengok video penyanyi Nataly Dawn dalam video bawah ni, dia pakai jari:
Dan kalau tengok penyanyi lagenda Neil Young perform lagu Old Man, dia pakai pick dalam video ni:
4. Lagu Yang Awak Suka (Tapi Tak Banyak Chords)
Masa mula main gitar, baik pilih lagu yang ada dua ke lima atau enam chords saja. Selalu kalau tiga chords pun cukup untuk banyak lagu.
Bukanlah bermakna cuma kena tahu tiga chords, tapi untuk mula itu sudah memberi cabaran yang cukup. Kalau terlalu mencabar nanti hilang semangat la pulak untuk latih gitar!
Lagu popular yang timeless termasuk macam lagu Wild Thing:
Atau kalau nak lagu lebih moden sedikit, boleh belajar lagu All The Small Things:
Atau Ramli Sarip pun best juga untuk open chords:
Apa-apa hal pun, banyak lagu yang sesuai untuk dipelajari. Paling penting kena sabar!
5. Latihan Yang Konsisten & Seronok
Ramai gitaris gagal sebab hangat-hangat tahi ayam.
Cakap nak belajar gitar, tapi lepas cuba kejap, jari sakit & terus berhenti.
Sebenarnya bila kita ada latihan yang konsisten DAN JUGA SERONOK, itu boleh tingkatkan skills anda.
Selain pakai pick, boleh juga belajar plucking, atau juga dipanggil FINGERSTYLE playing!
Ini seronok sebab kita boleh buat bunyi macam style main piano, tapi kat gitar.
Macam dalam lagu band No Doubt dulu tu:
Lagu tu ada part solo lead gitar yang best juga. Itu pun satu topik yang boleh didalami lagi kalau boring asyik strumming saja.
Meh saya belanja lebih 100 video kat sini (jangan panik, tengok satu demi satu, no rush!) Apa-apa hal kalau rasa playlist tu best, jemput like & subscribe bak kata YouTubers ewah. 🙂
Dan, kalau nak lagi sistematik, boleh dapatkan bundle Asas Gitar & Teknik Latih Berkesan.
Pada Februari 5 & 6, 2022, saya buat 4 sesi Facebook Live/Zoom yang berikan ilmu gitar yang saya rasa paling penting untuk gitaris yang ingin jadi lagi happening. Setiap sesi padat dengan info penting yang bantu saya selama 25 tahun ini sebagai gitaris professional. Sekarang awak boleh dapat ilmu ini juga dalam Asas Gitar & Teknik Latih Berkesan.
====
Anyway, itu antara tips yang saya harap dapat membantu anda. Kalau nak baca lagi, boleh baca blogpost saya 7 Tips Cara Belajar Main Gitar Sendiri.
Kalau awak berminat nak dapat tips harian, boleh consider join #SuratMuzik, dapat tips gitar & muzik terus ke emel awak. Nak join, boleh klik kat sini: https://sendfox.com/lp/03z761
Kalau nak belajar dari zero ke hero, dari asas gitar, boleh dapatkan Langkah Gitar Girang 1, video pertama dalam siri Latihan Gitar Girang yang tingkatkan skills gitar awak dari basic.
Kepada yang nak panduan lebih personal, ada kelas 1-on-1 melalui Zoom dengan saya. Slot adalah terhad & kos adalah lebih tinggi, tapi kepada yang bersedia untuk belajar & komitmen boleh emel saya di azsamad3 at gmail dot com
Selamat bergitar!
Az Samad