Pada 2019, saya sempat kumpulkan lagu-lagu yang saya rasa penting untuk mereka yang belajar jazz. Ini koleksi 8 playlist yang saya buat di Spotify untuk tujuan ini.
Asalnya, ini dalam 4 blog post berbeza. Saya kumpulkan sini supaya senang untuk dirujuk.
Az
Jan 1, 2020
////
Antara cara terbaik untuk belajar main jazz adalah dengar mendengar muzik jazz yang baik. Makanya, saya mulakan siri playlist Spotify ini untuk memperkenalkan rakaman yang saya gemari.
Harapan saya adalah supaya mereka yang baru ingin berjinak-jinak dalam jazz mendapat inspirasi dan ilham dari pilihan lagu-lagu ini.
Semoga terhibur & selamat mendengar!
Jazz Bersama Az #1
Fokus kali ini adalah pada rakaman gitaris jazz yang yang saya kagumi. Ada yang old school dan ada yang baru. Ada yang dikenali & ada yang baru mencipta nama. Dua guru saya ada dalam playlist ini – Garrison Fewell, cikgu saya ketika saya di Berklee & Julian Lage yang saya sempat belajar melalui Skype, bengkel dan kelas 1-on-1 juga.
Az // May 16 2019
Jazz Bersama Az #2
Ini pula seleksi pianis jazz terkemuka. Ada lagu klasik seperti Autumn Leaves dan Autumn Leaves. Ada juga interpretasi lagu Radiohead, Paranoid Android dari Brad Mehldau dan lagu Nirvana, Lithium dibawa oleh band The Bad Plus.
Ada 4 lagu jazz blues termasuk Straight, No Chaser (berbentuk riff), Matrix (yang tak bunyi macam blues), Watermelon Man (extended form) dan juga Blues On The Corner dari McCoy Tyner.
Kita juga dapat mendengar ballad Misty dari komposernya sendiri, Erroll Garner.
Az // May 17 2019
Jazz Bersama Az #3
Untuk Episod ketiga, kita dengarkan seleksi solo jazz guitar pula. Dari gitaris impressionistic seperti John Stowell kepada yang lebih tradisional seperti Joe Pass dan Tal Farlow. Kita juga boleh mendengar cara permainan lebih moden dari Wayne Krantz & Ben Monder.
Secara amnya, ramai yang mungkin pernah dengar cara permainan secara chord melody. Namun, dalam playlist kali ini, sengaja saya selitkan pelbagai cara interpretasi jazz secara gitar solo.
Az // May 18 2019
Jazz Bersama Az #4
Jazz bukan saja swing dan bebop tapi juga ada style Brazilian Jazz yang membaurkan irama dari Brazil seperti Bossa Nova, Samba, Choro dan lain-lain bersama harmoni jazz. Playlist ini memperkenalkan lagu-lagu klasik Brazilian jazz dan juga interpretasi moden dari vokalis-vokalis hebat.
Az // May 19 2019
Jazz Bersama Az #5
Untuk playlist kali ini, saya fokus pada lagu yang ada grooves yang menarik. Dari Charlie Hunter ke The Brecker Brothers, playlist ni ada lagu yang funky, up tempo, rock, R&B – macam-macam pun ada.Dengarkan untuk dapat idea style jazz yang tak semestinya swing saja.
Az // May 23 2019
Jazz Bersama Az #6
Untuk playlist kali ini, kita explore lagu-lagu ballad yang penuh emosi. Ada mix lagu instrumental termasuk versi klasik lagu Body and Soul dari Coleman Hawkins hingga ke nyanyian bersahaja Chet Baker dalam lagu Time After Time. Kalau tengah feeling tu, dengarlah playlist ini.
Az // May 23 2019
Jazz Bersama Az #7
Untuk playlist kali ini, saya fokus pada lagu yang laju dan ‘intense’. Kalau nak main jazz dengan ‘speed’, kena dengar lagu macam ni baru dapat feel dia. Giant Steps & Donna Lee tu kira makanan wajib jazzer yang suka lagu-lagu up-tempo.
Az // July 3 2019
Jazz Bersama Az #8
Untuk playlist kali ini, awak boleh dengar lagu yang pelbagai – sedikit esentrik, sedikit avant-garde dan sedikit campuran macam-macam style. Dari vokalis Gretchen Parlato hingga gitaris moden Ben Eunson. Kira playlist rojak moden. Semoga terhibur!
Az // July 3 2019