• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Az Samad Lessons

Guitar, Ukulele and Music Lessons

  • About
  • Lessons
  • Music Reviews
  • Book, Video & Course Reviews
  • Podcast
  • Creative Fridays
  • Store
  • Contact

Strategi Bina Kerjaya Muzik

Temubual dengan Record Label & Publishing Manager Noh Zulazfar

October 12, 2021 by azsamadlessons Leave a Comment

Hari ini kita ada temubual #SuratMuzik dengan #GengSuratMuzik Noh Zulazfar.

Noh ni saya jumpa dulu masa dia jemput saya untuk acara Kilang Komposer di UiTM Shah Alam.

Kilang komposer dengan Az Samad

Kini, Noh adalah Record Label & Publishing Manager di Mixology Music, syarikat producer, komposer & DJ terkenal, DJ Fuzz.

Jom kita berkenalan & belajar dari pengalaman Noh!

1) Boleh cerita sikit latar belakang muzik Noh? 

Saya mula minat muzik masa saya berumur 12 tahun. Gitar instrument pertama yang saya belajar. Belajar sendiri dengan abang saya. Sebab utama saya nak belajar gitar dulu sebab nak main lagu Don’t Cry – Guns n Roses. Selepas itu saya discover lagi lagu-lagu yang best untuk saya main masa tu.

Saya bermula belajar muzik secara formal semasa saya bermain marching band di SMK Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Main Tuba untuk marching band. Saya diajar oleh seorang instructor dari Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO). Dari situ mulalah cinta berputik terhadap muzik hingga saya melanjutkan pelajaran ke Diploma Muzik UiTM sebagai gitaris dan sambung Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Muzik UiTM.

2) Noh belajar music business & kini kerja dalam syarikat rakaman serta urus publishing. Boleh cerita pasal perjalanan Noh sampai dapat kerja bersama DJ Fuzz?

Semasa di UiTM, Saya ada persatuan bernama Music Business Society UiTM (MBS) yang memerlukan kami untuk organize event setiap semester.Event yang saya dan teammusic business organize ketika itu adalah seperti Kilang Komposer, #KongsiCerita dan Hari Industri Fakulti (HIFA).

Kilang Komposer with DJ Fuzz (Kali pertama berjumpa)

Saya dapat berjumpa dengan DJ Fuzz semasa organize salah satu event ni. Dari situ saya dapat berkenalan dengan DJ Fuzz. Disebabkan sudah berkenalan dan senang nak contact saya pun organize satu interview bersama pelajar music business ketika itu untuk bertanya mengenai record label dan publishing DJ Fuzz.

(Sebenarnya kena paksa buat interview ni sebab kalau tak buat semua orang fail subjek ni XD )

Dari situlah saya keep in touch dengan DJ Fuzz sehingga saya dapat tempat Intern di Mixology Music dan terus diserap bekerja dengan Mixology Music.

3) Apa projek menarik terkini yang Noh boleh kongsi cerita sikit?

Projek Mixology Music saya tak boleh nak berkongsi sekarang. Mungkin sudah sampai masa nanti saya akan berkongsi.

Untuk personal project, saya baru saja mula menulis lagu supaya dapat mendaftar menjadi Ahli MACP. Kenapa saya sebagai Record Label & Publishing Manager kena tulis lagu juga?

Pertama, saya bukan Ahli MACP, saya tak boleh masuk Annual General Meeting (AGM) MACP atau apa-apa meeting oleh MACP walaupun sebagai proksi. Sebagai seorang yang diberikan amanah untuk menjaga lagu-lagu terbitan Mixology sepatutnya saya perlulah hadir meeting2 begitu bukan.

Kedua, saya masih dalam proses untuk membuka publishing company untuk membantu mana-mana composer, songwriter, arranger dan lyricist khusus kepada independent yang baru cuba menapak di industri. Ini adalah salah satu tanggungjawab saya sebagai seorang individu yang berada didalam industri muzik untuk membantu komuniti muzik Malaysia.

Ketiga, saya ada join satu band bernama “Motherwit” semasa lockdown tempoh hari. Ada beberapa online show yang kami main yang korang semua boleh check it out di Youtube. Motherwit juga dalam proses untuk release album baru.

Dengan Justin Johari (Assistant General Manager MACP)

4) Apa cabaran terbesar Noh ketika ini?

Cabaran terbesar saya ketika ini adalah untuk menaikkan personal branding sebagai seorang record label & publishing manager.

Berlatih Interpersonal Skill sebagai seorang manager.

Memahami sepenuhnya cara permainan industri muzik Malaysia.

5) Boleh cerita pasal apa-apa pengalaman menarik masa zaman internship Mixology?

Bagi saya, setiap saat masa intern saya semuanya menarik. Bayangkan sebagai seorang yang baru dapat melihat bagaimana industri bergerak.

Saya intern sebagai seorang PA/PR kepada semua artis-artis mixology pada masa itu. Saya dapat melihat proses sebenar bagaimana satu event besar berjalan. Event masa tu event Konsert Di-Raja Negeri Sembilan yang berlansung di Istana Budaya.

Dari sesi latihan bersama orchestra ke siaran lansung tu sebenarnya sangat lama. Show tu berlansung 2 jam tapi proses dia mengambil masa 3 hari untuk rehearsal. Belum termasuk waktu full line up practice dengan Orchestra RTM, individual practice dan lain-lain.

Pengalaman ini yang banyak mengajar saya Music Industry is a ‘waiting game’ business.

Acara #KongsiCerita dengan Altimet

6) Apa bezanya masa belajar pasal music business dan bekerja dalam industri muzik?

Beza masa belajar pasal music business dan bekerja sebenarnya sangat jauh. Masa belajar dulu, saya banyak diajar menggunakan teori music business semata-mata. Banyak reference buku dari penulis luar negara seperti Randall D. Wixen dan Tad Lathrop.

Tapi bila sudah betul-betul masuk bekerja baru saya perasan “aku pernah belajar dulu ni tapi kenapa lain eh?” Penulisan mereka sebenarnya berasaskan industri muzik mereka dimana cara mereka bukan 100% boleh digunapakai untuk industri muzik Malaysia. Boleh digunakan tapi kena alter sikit supaya bersesuaian dengan cara industri muzik Malaysia. Experience is the best teacher

Apa yang saya belajar di UiTM hanyalah the tip of the iceberg but its a good start untuk saya faham apa itu Music Business.

Bersama WARIS dan band Gerhana Ska Cinta di Singapura

7) Akhir sekali, apa 3 tips penting yang Noh boleh kongsi untuk mereka yang nak masuk industri muzik Malaysia? 

Kepada composer, arranger, beatmaker, penyanyi atau sesiapa yang nak hantar demo atau pun apa-apa material kepada record label minta tolong “Jangan Ghetto Sangatlah”

Ini salah satu contoh email ghetto saya selalu dapat:

Jom saya kongsikan bagaimana nak email dengan cara yang best sikit.

1. Subject email yang menarik perhatian
2. Pengenalan/Profile (Siapa Awak?)
3. Demo (Lagu demo awak nak bagi kami dengar)
4. Lagu-lagu lain yang pernah publish (kalau ada)
5. Social Media (FB. Insta, Twitter, LinkedIn etc)
6. Contact list (cara lain yang boleh kami contact)

Gunakan social media korang sehabis boleh. Jadikan social media korang sebagai portfolio. Letak video atau gambar yang berkaitan dengan talent korang. Jangan mengaku penyanyi atau pemuzik tapi feed social media korang penuh dengan gambar scenery atau gambar kucing.

Rajinkan diri untuk berjumpa orang-orang industri. Ada sharing session anjuran Universiti, Pergi. Ada online seminar berkaitan industri, Pergi. Dari situ korang akan kenal setiap industry player. Rebut peluang itu untuk perkenalkan diri.

Akhir sekali saya nak minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan penulisan ini.

====

Bio

Muhammad Noh Zulazfar. Shah Alam. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Muzik. Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mixology Music & Mixology Publishing Manager.

Add/follow me on social media:

Instagram: @nohzulazfar
Twitter: @Nohzulazfar
FB: Noh Zulazfar
Linked in: Noh Zulazfar Mohd Jamali

====

Dengan ini, saya ucapkan terima kasih kepada Noh kerana sudi meluangkan masa ditemubual untuk kita bersama belajar dari pengalaman beliau!

Make sure follow dia kat media sosial kalau nak keep in touch. Ingat cakap awak jumpa dia dari temubual #GengSuratMuzik di website azsamadlessons.com 🙂

Salam,
Az

Awak pula bagaimana?

Nak tahu cara saya (dan ramai students saya) bina kerjaya muzik?

Check out dalam course Strategi Bina Kerjaya Muzik.

Berminat?

Klik sini untuk dapatkan:

https://azsamadmusic.gumroad.com/l/kerjayamuzik

Filed Under: Beyond Music, Music Business, Philosophy, Strategi Bina Kerjaya Muzik Tagged With: Bachelor of Music Business UiTM, dj fuzz, how to make a living in the modern music industry, industri muzik, industri muzik malaysia, mixology music, mixology music dj fuzz, music business, music career, noh zulazfar

  • « Go to Previous Page
  • Go to page 1
  • Go to page 2
  • Go to page 3
  • Go to page 4
  • Go to page 5
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

Sign Up For Free Guitar & Music Tips!

Search for a topic, review or lesson:

Recent Posts

  • Ulasan Video: Guitar Jamming Samad Lefthanded Vol. 1, Vol. 2 & Vol. 3 oleh Samad Lefthanded
  • Musical Exercises Review: Bebop II-V Phrases, All The Things You Are Etude, Solar Etude (Melodic Minor Modes) and Green Dolphin Street Solo Arrangement by Cecil Alexander
  • Book Review: In the Mystery: A Deconstruction of the Harmony, Melody, Compositions and Improvisations of Allan Holdsworth by Brett Stine
  • Book Review: The George Benson Method Pocket Book Vol.2 – Minor II, V, I Ultimate Lines
  • Book Review: The George Benson Method Pocket Book Vol.1 – Major II, V, I Ultimate Lines by George Benson & Peter Farrell

Categories

  • Ask Az (2)
  • Beyond Music (87)
  • Blues Guitar (9)
  • Book Reviews (177)
  • business book (21)
  • Chord Melody (37)
  • Composition (29)
  • Course Reviews (15)
  • Creative Fridays (14)
  • Fingerstyle Guitar (24)
  • grant cardone (1)
  • Guitar Chords (108)
  • Guitar Scales (90)
  • Guitar Shopping (3)
  • Guitar Technique (235)
  • Gypsy Jazz (9)
  • Interviews (20)
  • Jazz (84)
  • Jazz Guitar (180)
  • Jazz Guitar Harmony (63)
  • Jazz Guitar Harmony (134)
  • Licks (155)
  • Music Business (7)
  • Music Review (28)
  • Music Theory (144)
  • News (4)
  • Philosophy (114)
  • Practice Secrets (262)
  • Reviews (10)
  • Rhythm Lessons (24)
  • Strategi Bina Kerjaya Muzik (5)
  • Transcription Set Review (6)
  • Ukulele (3)
  • Ulasan Filem (1)
  • Ulasan Video (1)
  • Uncategorized (17)
  • Video Games (3)
  • Video Lessons (104)

Recent Posts

  • Ulasan Video: Guitar Jamming Samad Lefthanded Vol. 1, Vol. 2 & Vol. 3 oleh Samad Lefthanded
  • Musical Exercises Review: Bebop II-V Phrases, All The Things You Are Etude, Solar Etude (Melodic Minor Modes) and Green Dolphin Street Solo Arrangement by Cecil Alexander
  • Book Review: In the Mystery: A Deconstruction of the Harmony, Melody, Compositions and Improvisations of Allan Holdsworth by Brett Stine
  • Book Review: The George Benson Method Pocket Book Vol.2 – Minor II, V, I Ultimate Lines
  • Book Review: The George Benson Method Pocket Book Vol.1 – Major II, V, I Ultimate Lines by George Benson & Peter Farrell

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in