• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Az Samad Lessons

Guitar, Ukulele and Music Lessons

  • About
  • Lessons
  • Music Reviews
  • Book, Video & Course Reviews
  • Podcast
  • Creative Fridays
  • Store
  • Contact

Naskah Percuma Surat Muzik – Az Samad

August 7, 2019 by azsamadlessons 1 Comment

Kepada yang ingin tahu apa itu “Surat Muzik”, ini edisi contoh – naskah Surat Muzik yang ketujuh, selamat dikirim pada 15 Julai 2019.

Klik pada gambar di atas (atau DI SINI) untuk muat turun fail PDF ‘Surat Muzik’

Boleh baca & kalau suka, boleh sertai & dapatkan naskah seterusnya di sini: https://sendfox.com/lp/03z761

Filed Under: Beyond Music, Philosophy, Practice Secrets Tagged With: az samad, az samad jazz guitar, berklee college of music, berklee college of music alumni in malaysia, Surat Muzik

Ulasan Muzik: CEKAP by Balan Kash

September 10, 2025 by azsamadlessons Leave a Comment

Saya dah lama tak ulas lagu hip-hop, dulu sekitar 2023 masa saya dengar Malique dengan Sedih Hati (bila album tu nak drop… masih setia menunggu). Buka cerita, saya dapat mesej dari Balan Kash melalui Instagram mempelawa saya berkongsi pendapat mengenai lagu terbaru beliau, CEKAP.

Terharu tu dapat mesej dari rapper yang saya hormati, jadi terus saya meluncur ke YouTube dan menonton ni:

Secara ringkasnya, memang lagu ini sesuai dengan tajuknya.

Mula video ini kita dapat tengok visual dengan teks memperkenalkan apa itu dikir barat, diiringi dengan suara latar yang memberi fokus pada isu rasisme yang Balan Kash ketengahkan.

Dalam ayat-ayat pembuka:

Ampun Tuanku,
patik dari bandar diraja,
Ada cita nak bercerita hingga liga Illayaraja,
Buah fikiran hamba,
bukan sisa bahasa,
Cuma ada 3 minit,
tak nak sisakan masa

Ada beberapa bahagian menarik, antaranya:

  1. Perspektif rakyat dengan ayat pertama Balan Kash berbicara dengan Sultan (Ampun Tuanku)
  2. memperkenalkan dirinya dari Bandar Di Raja Klang (patik dari bandar diraja).
  3. kombinasi rima tengah (cita, cerita)
  4. menjelaskan format lagu pop (Cuma ada 3 minit)
  5. pengunaan “sisa” bahasa dan “sisakan” masa
  6. rima akhir “bahasa” dan “masa”

Ini bukan perlawanan bola sepak taman permainan tempatan, Balan Kash memang nak masuk dalam liga antarabangsa ni.

Juga, sesuai dengan lirik bahagian tu, Balan Kash memang tak “sisakan masa” kerana beliau menghormati format lagu pop sesuai masuk radio dengan terus ke hook, dan bukan ke bahagian verse (dan memang bahagian awal itu berfungsi sebagai verse, walaupun dalam lirik yang disertakan pada bahagian deskripsi video YouTube, bahagian itu tak dilabel sebagai verse pertama.

Apabila masuk bahagian “hook“, memang elemen “call and response” seperti dalam dikir barat tradisional, cuma dalam konteks ini, kita dapat dengar flow hip-hop dalam penyampaian Balan Kash.

Empat baris awal berbalas-balas:

Ada pandai (ada pandai)
ada keroh (ada keroh)
Ada cantik (ada cantik)
ada hodoh (ada hodoh)

Yang diikuti baris yang Balan terus sambung frasa selepasnya:

“Ada tinggi” yang terus disambung, “Rendah hati, resamnya bagai padi”

“Ada pendek” yang terus disambung, “Sabar hati, tegur sikit dah jaki?”

Flow ni memang best kerana dia memberi momentum ritma secara seimbang untuk menolak ke bahagian chorus.

Cekap, Cekap, Cekap
(Kulit kito lain)
Cekap, Cekap, Cekap,
(Daroh semua sama)

Dari segi ritma kata yang digunakan, “cekap, cekap, cekap” berakhir pada beat pertama yang memberi kestabilan, dan “awak-awak” (penyanyi chorus, dikir barat) pula membalas dengan baris yang berakhir pada upbeat.

Terus ke verse pertama (yang memang 16 baris, dan masuk dalam 16 bar muzik)

Darah merah (darah merah)
Rambut hitam (rambut hitam)
Tutup lampu (tutup lampu)
Semua hitam (woo)
Apa beza (apa?)
Kulit lain, tapi,
Bawah selimut awan,
Kita semua semua sama kain,

Lain padang, dik,
lain belalang,
Topeng satu di depan,
muka lain di belakang,
Dulu dulu dah habis
Sekarang ini sekarang
Hati hati, jaga hati,
Banyak lidah sembang sebarang

Tema yang dikemukan memang kembali mengembangkan perihal kenapa kita tak wajar profil seseorang berdasarkan warna kulit atau kaum (elemen fizikal dan visual), tapi melihat pada perwatakan dalaman.

Ini jelas dalam bahagian kedua verse pertama, “Topeng satu di depan, muka lain di belakang” yang kritikan mereka yang perangai lain di depan kita, tapi lain apabila di belakang (talam dua muka).

Selepas verse pertama, kita dapat mendengar “hook” dan “chorus” sekali lagi, dan kemudian verse kedua.

Komentari verse kedua ini pula meneroka sifat manusia yang suka menghakimi satu sama lain:

Siapa kamu (siapa kamu)
Siapa aku (siapa aku)
Jangan hakim (jangan hakim)
Tuhan tahu (ya ya)
Buat baik atau buat salah (salah salah)
Satu menang dan satu kalah (kalah kalah)

…dan juga sifat kritikal yang (dikatakan) lebih muncul pada zaman moden berbanding zaman dulu:

Ramai berpuak tapi duduk satu kampung,
Ramai berkorban tapi dikata menampung,
Mana pergi teladan moyang yang tanam benih?
Mana pergi buang yang keruh, ambik yang jernih?

Dari segi muzik, komposisi, produksi, mix & master Navin Navigator memang on point, seperti biasa. Saya juga rasa dari segi motiv muzik tiga nota D – C# – F# dan melodi nyanyian dalam F# Aeolian lagu ini sesuai dengan mood yang ingin disampaikan.

Secara ringkasnya, lagu ini memang (seperti kata orang lebih muda dari saya) banger. Kita dapat lirik Balan Kash & Mambang yang penuh kritikan sosial, sindiran dan berlapis, serta muzik yang mengabungkan elemen muzik tradisional secara tak dipaksa. Inipun saya tak buka cerita mengenai video yang juga banyak lapis-lapis menarik kritikan secara visual juga.

Tahniah kepada semua yang terlibat!

Rating: 5/5

Berminat hakimi sendiri samada Balan Kash cekap atau tidak? Jemput dengar di YouTube atau Spotify.

[Submissions for Review Consideration]

If you are an artist, record label or press outreach interested for me to feature your new release on this site, please email me at azsamad3 at gmail dot com.

I prefer physical CD submissions whenever possible alongside streaming/download links. Do not attach any files to the email but include Dropbox/Google Drive links.

I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p

NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. Thanks!

[Song Credits]

Song title: CEKAP
Artiste: Balan Kash
Lyricist: Balan Kash, Mambang
Dikir Barat: Arjuna Sukma
Composer: Navin Navigator
Producer: Navin Navigator
Mixed and Mastered: Navin Navigator
Directed by: Kinggolddigga of TwentyTwo Production
Distributed by Faithful Music / Universal Malaysia
Brought to you by Aingkaran Creative House / Balan Kash Entertainment
Powered by MyCreative Ventures & Kementerian Komunikasi & Digital

Filed Under: Music Review, Ulasan Muzik Tagged With: balan kash, cekap, cekap balan kash, mambang, muzik malaysia

  • Go to page 1
  • Go to page 2
  • Go to page 3
  • Interim pages omitted …
  • Go to page 549
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

Search for a topic, review or lesson:

Recent Posts

  • Ulasan Muzik: CEKAP by Balan Kash
  • Book Review: Unlocking the Neck: A Comprehensive Approach Using One Major Scale by Kevin Miller
  • Video Review: John Coltrane – Digital Patterns by Corey Christiansen (Chase’s Guitar Academy)
  • Book Review: Guitars Have Feelings Too by Cameron Knowler
  • 10 Things I Learned From The Manuel Gardner Fernandes Guitar Clinic at Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia

Categories

Copyright © 2025 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in