Saya merantau untuk hadir di Ipoh Music Symposium dari Jumaat ke hari Ahad baru-baru ni.
Tiga hari kat Ipoh daripada 21 ke 23 Oktober 2022.
Pertama sekali saya pergi Bengkel Gitar Elektrik Edrie Hashim. Itu pertama kali saya akan jumpa dia (seingat saya).
Memang saya excited nak dengar apa yang dia nak kongsi. Sebab… belajar tak pernah tamat so saya nak belajar ilmu daripada dia!
Saya hormati Edrie sebagai seorang gitaris, pemuzik, producer & content creator… jadi it should be real fun!
If you tak pernah tengok channel YouTube dia, saya recommend check it out.
Sebelum tu pada malam Khamis, saya singgah Fujiyama Records kat Ipoh & ada rakam Instagram Reels kat situ. Pernah pergi tak situ? They said baru buka bulan Mac je, so it’s still a new place!
Hari Jumaat tu memang full day daripada pagi sampailah 11 malam di Ipoh Music Symposium
Hari pertama kat Ipoh.
Bengkel Gitar Elektrik Edrie Hashim was happening!
Banyak ilmu dan pengalaman dikongsi Edrie Hashim. Semua ni datang daripada pengalaman beliau sebagai seorang pencipta lagu, producer, gitaris, sessionist & content creator.
Antara tips termasuk:
1) Kepentingan “ear training” dalam solo improvisation sebagai panduan mencipta melodi yang sedap
2) Beza belajar solo sebijik-sebijik macam dalam album dan solo yang kita improvise setiap kali
3) Nasihat menghadapi komen negatif di media sosial
4) Beza industri muzik dulu dan sekarang
5) Cara mencari tone sendiri dan beza sound sedap mengikut citarasa masing-masing
“Bottom line dia kena sedap!”
Yang seronok dapat dengar gitaris macam level Edrie Hashim in person adalah peluang dengar tone dia dalam satu bilik yang sama & juga dapat tengok feel pergerakan tangan & permainan gitar dia.
Ini satu benda yang sukar kita dapat hanya dari rakaman baik di Spotify atau video di YouTube.
Tambahan pula lepas tu dapat berbual lagi dengan dia setelah sesi rasmi tamat. Memang best.
Ini video rasmi dari channel YouTube Edrie Hashim (Update 4 Disember 2022)
Seterusnya, saya hadir sesi perkongsian bertajuk “Dari Analog ke Digital (Pembikinan Kulit Album)” oleh Tapa Otai
Saya belajar tentang proses penciptaan kulit album dari era analog dulu (sebelum photoshop), cabaran dalam bidang ini, konsep di sebalik satu kulit album yang baik serta perbezaan dulu dan sekarang.
Menarik!
Tambahan pula dia bertanggungjawab untuk kulit album Syair Timur Ramli Sarip (salah satu album kegemaran saya) and also untuk album terkenal dari Ella, Sudirman & Sharifah Aini.
Sesi ketiga: Forum “Pengarkib Muzik Bebas dan Sejarah Muzik Alternatif”
Moderator: Adly Syairi
Ahli panel:
1) Paul Augustin
2) Joe Kidd
3) Ignatius Gerry Apriryan (IND)
4) Renovan Reza (IND)
Perkongsian menarik tentang cabaran merakam dan mencari sejarah muzik… kaitan elemen sosial, design dalam muzik… serta apa yang sedang dilakukan di Penang House of Music, The Ricecooker Archives dan Irama Nusantara di Indonesia.
Selepas acara selesai, saya baru sempat meneroka website Irama Nusantara & ternyata amat berharga muzik yang mereka kongsi. Amat impresif cara mereka memastikan “metadata” setiap lagu di”hyperlink” supaya boleh ditemukan lagu-lagu dan karya lain dari pemuzik sesuatu album.
Di sebelah malam pula, saya berpeluang menimba ilmu daripada drummer berpengalaman Zahid Ahmad dan juga menonton tayangan dokumentari oleh Carl Hamm (USA) dI portipoh.
Banyak cerita yang dikongsi abang Zahid, terutama pengalaman beliau dari masa beliau di Johor sehingga aktiviti penulisan beliau sekarang merakam metoda bermain dan belajar drum.
Takeaway terpenting hari ini sempena Ipoh Music Symposium:
Penting untuk belajar dari sejarah…
…dan pengalaman mereka yang terdahulu…
…kalau tak last sekali kita ulang buat kesilapan yang sama…
…atau tak sempat menikmati kehebatan yang ada di dalam dunia muzik Malaysia itu sendiri!
Memang penuh daripada pagi sampailah hampir tengah malam di Ipoh Music Symposium
Hari kedua kat Ipoh & ini ceritanya…
Berbual dengan Dato’ Johari Salleh
Sempat mendengar ucaptama Dato’ Johari Salleh sempena Ipoh Music Symposium. Kepada yang tak kenal, basically Dato’ Johari Salleh (setakat yang saya tahu) adalah orang kedua dari Malaysia yang belajar di Berklee College of Music (ketika itu dikenali sebagai Berklee School of Music) pada tahun 1967-1968 selepas Ahmad Merican.
Menarik perkongsian tentang pengalaman beliau daripada awal mula belajar trumpet, mula mencipta dan mengubah lagu, kepentingan mendapat peluang yang mengembangkan pengalaman dalam bidang muzik.
Saya bersyukur juga sempat tanya soalan dan dapat sedikit cerita tentang masa beliau di Berklee, termasuk belajar dengan tokoh John La Porta.
Tambahan pula dapat berjumpa Datuk Lat yang hadir acara pagi ni. Alhamdulillah.
Later on, saya juga sempat sambung berbual dengan beliau over lunch. Lagi banyak cerita… tapi jom kita bercerita pasal…
Tiga Sesi Pembentangan
Sesi 1: Identiti Lokal
1) Dr Shafa’atussara
2) Art Fazil (SG)
3) Zhafirin Zulkifli
Moderator: Francis Wolf
Dr Shafa’atussara berkongsi tentang Kugiran Pahang: Identiti dan Praktis.
Art Fazil bercerita tentang Pop Yeh Yeh di Singapura.
Cerita industri muzik pop Iban – daripada Zhafirin Zulkifli.
Sesi 2: Kreativiti dan Eksplorasi
1) Prof Madya Dr Azam Dungun
2) Azlan Mohd Said (SG)
3) Mohd Rafi Jafranee
4) Dr Raja Iskandar Raja Halid
5) Dr Shazlin Amir Hamzah
Daripada lirik lagu era Pop Yeh Yeh, kepada chord progression yang biasa ditemui dalam lagu era tu kepada cerita di sebalik perjalanan pemilihan lagu kebangsaan. Pelbagai perspektif!
Sesi 3: Legasi dan Impak
1) Muhammad Febriansyah
2) Omar Ariff Farouk
3) Michael HB Raditya (IND)
4) Faza Iskandar
5) Hafifi Mokhtar
Moderator: Sofea daripada Kumandang Zine (juga seorang gig organizer baru!)
Ngopi dan ngeteh
Berbual sambil ngopi dan ngeteh dengan Uncle Paul Augustin dari Penang House of Music dan rakan-rakan di acara Ipoh Music Symposium 2022
Actually saya minum matcha with oat milk. So teh saya fancy hihi.
Konsert Malam Pesta 60an
Seronok tengok the concert yang ada ramai acts termasuk The Strollers, The Rhytmn Boys dan band dari Indonesia FLEUR! (great set!)
Saya memang boleh dikatakan jadi peminat band FLEUR! lepas show tu, walaupun ada ganguan teknikal dari segi sound & isu dengan key dalam satu lagu pada gitar… tapi memang tenaga dalam persembahan & stage presence tu saya minat.
And then I got back and it was a night of old & new 🙂
Hari ketiga kat Ipoh untuk Ipoh Music Symposium.
CERITA PENDEK
1) Long day, am officially tired lepas attend 3 hari dengan azam attend every single talk (asal tak overlap time).
2) Banyak berbual & jumpa so many people in person & talk to them for an extended time for the first time
2) Dapat dengar cerita dari Joe Kidd – he showed me a whole bunch of cassettes and share sejarah scene. Syukur dapat hang out with him – such a generous person.
CERITA LEBIH PANJANG
Saya show up sebelum pukul 9 pagi (bukan peminat wake up early) & wrap it up for me by 10:30 malam – tiga hari lepak di Ipoh demi mencari ilmu is a big trip for me… apatah lagi lama tak attend event sepenuhnya macam ni.
Dua sesi hari ni…
Sesi ke-4 Fesyen dan Gaya Hidup
1) Dr Isabella Pek
2) Adi Satria
3) Ilham Hakimi Sidek
4) Zim Ahmadi
Moderator:
Dr Isabella Pek bercerita tentang kaitan Berklee dari time RTM ke Orkestra Kuala Lumpur. Ini satu topik yang close to my heart sebab saya pun mula mengkaji siapa yang ke Berklee dari awal Ahmad Merican & Dato’ Johari Salleh… serta kemudiannya Datuk Mokhzani dan kaitan semua pengaruh ni menghala kepada apa yang Dr Isabella Pek sedang terokai dengan Orkestra Kuala Lumpur.
Tuan Adi Satria pula berkongsi cerita permulaan muzik kugiran dengan The Shadows dan The Beatles pagi ni & a whole line of stories omg. Bagi saya perkongsian ini amat menarik kerana Tuan Adi Satria memang melalui zaman yang beliau kongsi. Juga, beliau melihat konteks zaman itu daripada sebelum dan selepas era 60-an.
Pok Renn berkongsi tentang kaitan fesyen barat terutama dari London dan fesyen pada era 60-an… dalam konteks industri muzik. Saya banyak belajar dari sesi ini kerana saya memang tak tahu pasal fesyen. Semua ni menarik bagi saya.
Zim Ahmadi & Alia Soraya memilih topik Feminism In Counterculture In 60s Malaya. Alia Soraya siap berkongsi gambar neneknya yang dalam zaman 60-an.
Saya sempat berbual dengan Zim selepas sesi ini & seronok dapat bertukar pandangan pasal topik penulisan. Siap ada cerita pasal David Perell & konsep daripada Richard Feynman, “12 Favorite Problems”. Saya nak lepak dengan Zim at some point & hopefully it will be a fun hangout + makan.
Sesi ke-5 Filem
1) Dr Adil Johan
2) Rosli Ibrahim
3) Daniyal Kadir
4) Isyraqi Yahya
Dr Adil Johan mulakan sesi ini dengan topik Simbiosis Budaya Rock N’ Roll dengan Industri Filem Melayu 1960an.
Rosli Ibrahim membincangkan isu OKU seperti yang dirakam dalam filem dan lirik lagu. Ini topik yang penting & memang betul apa yang diperkatakan. Secara umumnya, masyarakat lebih kerap fokus pada isu buta sebagai satu “kekurangan” dan tragedi.
Daniyal Kadir bercerita tentang filem-filem Mat Sentol dan lagu-lagu dalam filem tersebut. Antara yang menarik termasuk kebolehan Mat Sentul dalam pelbagai aspek perfileman. Ini membuatkan setiap adegan pembukaan (title credits) dalam filem Mat Sentul kreatif. Mat Sentul juga mengunakan lagu dari kugiran pada zaman itu & bukan seperti P. Ramlee yang mencipta lagu sendiri untuk filem.
Isyraqi Yahya, pertama kali present topik, “Mereka Terperangkap Dalam Kebebasan! Sebuah Analisis Film Terhadap Kumpulan Muzik Pop Yeh Yeh dalam A-GO-Go 67”. Isyraqi baru mula memberi bentangan jadi ini satu pengalaman baru bagi dia. Semoga dia dapat banyak peluang lagi untuk berkongsi idea pada masa akan datang.
Pop 1960-an: Emulasi dan Revolusi
Moderator: Dr Isabella Pek
Adnan Othman & Billy Chang (The Strollers) berdua bercerita tentang pengalaman mereka dalam bidang persembahan & pengalaman rakaman. Billy menekankan kepentingan menulis lagu sendiri sebagai satu cara untuk mengembangkan kerjaya sebagai satu band.
Kenny Ham bercerita tentang minatnya dalam muzik. Dia juga banyak bercerita tentang minatnya sekarang “busking” dan bagaimana tempat & khalayak memainkan peranan penting untuk dapat tips yang lebih banyak lagi. Maksudnya, pilihlah di mana nak perform kalau nak tips banyak.
Yusop Najmi berkongsi menyanyi lagu Anak Derhaka masa mula dulu & juga pengalaman beliau dari dulu hingga sekarang.
Pelancaran Buku dengan Dr Raja Iskandar Raja Halid
1) Buku IMS Nusantara oleh PORT
2) The Malay Nobat: A History of Power, Acculturation, and Sovereignty, Dr Raja Iskandar Raja Halid
3) The Fabulous Falcons: A Recolletion by Joe Chin oleh Liz Sammy-Chin
Saya telah dapatkan buku-buku ini & baru habis baca The Fabulous Falcons. Seterusnya saya nak baca buku Dr. Raja Iskandar atau mungkin membaca Buku IMS Nusantara secara berperingkat (sebab senang sikit banyak bab & topik berbeza!)
Sesi Perkongsian penutup
“Pengarkiban Piring Hitam & Sejarah Muzik Pop Melayu” oleh Naza Mohamad
Moderator: Mohd Jayzuan
Tiba waktu sesi akhir ni, saya memang dah letih selepas hadir acara tiga hari daripada pagi sehingga ke petang. Makanya, saya lebih banyak duduk di belakang dan mendengar, dan bukan di depan sebagaimana semua sesi sebelum ini.
Naza ada koleksi piring hitam yang amat menarik & saya tertarik dengan pilihan muzik yang dikongsi dalam sesi ni. Terasa macam nak dapatkan pemain piring hitam… tapi kat rumah memang tak ada ruang sementara ni (walaupun saya memang ada koleksi piring hitam kecil).
Saya mulanya merakam acara Ipoh Music Symposium dalam bentuk bebenang Twitter di sini sebelum kembangkan jadi post ini.
Acara ini best & for my first time betul-betul lama kat Ipoh (for me), memang terasa vibe Ipoh & orang Ipoh… sekarang saya mula faham bezanya suasana di Ipoh berbanding di Kuala Lumpur.
All in all, memang ini satu acara yang amat gempak & berguna untuk saya belajar & menimba ilmu. Paling best dapat jumpa ramai orang yang saya kenali online & kini dapat terus berbual di alam luar internet. Syukur.
Terima kasih PORT Ipoh atas acara yang world class & saya recommend semua yang minat benda-benda macam ni hadir. Saya miss cuma dua acara bengkel (sebab timing overlap) & tengok pameran kejap tak puas (sebab dah letih!) … but otherwise semua yang saya dengar & duduk kat front row memang berbaloi.
IPOH MEMANG BEST.
Terima kasih & InsyaAllah kita jumpa dalam Ipoh Music Symposium 2023.
Salam,
Az
Pautan berkaitan:
Liputan di website baskl
Di Jendela DBP
Liputan Music Addicts MY
The Star MY
Liputan di laman web Junklist: Menjadi Anak Kecil di Ipoh Music Symposium 2022 By Gheff Abd Ghafar
Liputan di Utusan Malaysia: Bila tok nenek 60-an lagi berani daripada kita Oleh KU SYAFIQ KU FOZI
Suka post ni?
Jemput Langgan #SuratMuzik SETIAP HARI untuk baca cerita muzik, tips gitar & kerjaya muzik serta pelbagai perihal BEHIND THE SCENES yang saya tak kongsi kat tempat lain.
Free pun, kat sini GRATIS: http://suratmuzik.com/