• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Az Samad Lessons

Guitar, Ukulele and Music Lessons

  • About
  • Lessons
  • Music Reviews
  • Music Gear Reviews
  • Book, Video & Course Reviews
  • Podcast
  • Creative Fridays
  • Store
  • Contact

Ku Syafiq Ku Fozi

Ulasan Majalah: SONIK – Isu Perdana (Januari 2026)

February 9, 2026 by azsamadlessons Leave a Comment

Ini bukan terbitan yang sempurna, tapi terbitan yang perlu.

Kalau dulu ada majalah ROTTW, TONE, KLue, JUICE dan Junk, sekarang apa yang tinggal untuk kita baca? Ya, ada jurnal SVARA… tapi itu lebih serius nada artikelnya.

Kali ini terbitan baru yang muncul semasa Kuala Lumpur Alternative Bookfair 2026 baru-baru ini mengejutkan kita dengan hasil kerjasama PROJEK RABAK dan DuBook Press.

Dalam SONIK, kita dapat suara campuran penulis generasi berbeza, dan dengan perspektif berbeza. Kalau nak cakap ni majalah muzik… bukan muzik saja, tapi ada seni visual, isu masyarakat (terutama dalam konteks dunia seniman), dunia filem & teater, penulisan dan juga falsafah kehidupan, melalui kaca mata kolumnis yang dipilih oleh Mohd Jayzuan (Kepala Pengarang), didalami Ku Syafiq Ku Fozi (Pengarang Kanan) dan diterbitkan oleh Mutalib Uthman.

Ada 11 kolum yang ada dalam isu pertama ini!

Dan feature muka depan yang besar meneroka perjalanan dan minda artis Kamal Sabran.

Memang kalau kita kira artikel temubual Kamal Sabran dah macam buku pendek pun… dan kalau anda minat muzik beliau, barangkali ini kali pertama kita dapat mendalami bukan saja perjalanan hidup beliau, tapi juga banyak pendapat dan perspektif yang agak kontra dengan pendapat umum.

Artikel Ridhwan Saidi menarik kerana perbandingan antara dua karya dalam medium berbeza: teater dan filem, dengan pengamatan beliau terhadap Visits (teater nukilan Jit Murad) dan Mencari Ramlee (filem arahan Megat Sharizal). Ridwan melihat kedua-dua karya tersebut dari segi lakonan, skrip, mesej dan isu yang diketengahkan. Memang kritis pendapat Ridwan dan jujur. Semua ini membuat artikel ini menarik untuk dibaca beberapa kali.

Bergerak kepada kolum: Takde Sape Tanye, artikel Lisa Fuad (dari band FUAD) antara yang agak berani dengan perkongsian Lisa mengenai isu seksualiti & pergelutan kelompok berbeza dalam meluahkan ini melalui media atau seni. Menarik untuk saya baca perspektif Lisa dalam isu ini kerana saya lebih biasa mengikuti update Lisa di media sosial, tulisan dalam Bahasa Inggeris dan juga ulasan mengenai pelbagai filem. Dengarnya ini artikel pertama Lisa dalam BM, mengikut kata Mohd Jayzuan yang menjemput Lisa menjadi salah seorang kolumnis isu perdana ini.

Tulisan Nazim Masnawi membandingkan abang ipar beliau dengan watak Nyonya Mansoor dari filem Ibu Mertuaku. Isu masyarakat yang tidak faham dunia seni dibincangkan dan ditulis dengan nada personal sekali. Barangkali setelah bertahun lamanya, persepsi umum terhadap dunia seni masih sama.

Meneruskan eksplorasi seni dalam SONIK, kita ditemukan artikel Hadi Jaafar yang fokus pada fotografi, atau mengikut beliau, Dunia Pasca Bahasa. Pada saya, tulisan Hadi Jaafar ini surat cinta kepada dunia fotografi. Ia merakam keintiman beliau dengan keselesaan berbicara mengenai foto dan impak fotografi pada beliau.

Bergerak ke fokus utama isu ini, artikel besar temubual bersama artis Kamal Sabran yang sepanjang 36 mukasurat. Macam masuk dokumentari, tapi dalam bentuk teks! Banyak yang saya boleh katakan mengenai feature ini, tapi yang paling penting adalah hakikat yang jarang atau tak ada peluang lain untuk kita dalam seorang insan seni dalam format begini. Mana nak dapat majalah lain buat feature 36 mukasurat… dan barangkali “kontrabudaya” yang dibuat SONIK ini paling terserlah dalam artikel besar ini.

Tulisan Ranerrim, I read “Poor Artists” last week merupakan satu-satunya artikel dalam Bahasa Inggeris dalam isu ini. Artikel ini mulanya seperti ulasan buku Poor Artists tulisan The White Pube, tapi dengan segera beralih kepada pengalaman penulis sebagai seorang seniman, dan cabaran menjanakan pendapatan sebagai warga seni, terutama dalam konteks sebagai artis dalam ekosistem Malaysia. Semakin ke bahagian tengah artikel ini, rupanya masih ulasan buku, tapi yang dibalut dan diconteng pendapat penting. Semua ini menjadikan artikel ini relevan kepada insan kreatif, dan membuat saya ingin baca buku yang diulas itu.

Masuk kepada dunia filem, Al Jafree Md Yusop menghuraikan cabaran menghasilkan filem baik di Malaysia, dan bagaimana ini berlaku di negara lain. Beliau juga menyuarakan kepentingan penonton yang baik sebagai sokongan kepada filem yang baik. Bak kata beliau dalam artikel itu, “Pembikin-pembikin negara kita boleh sahaja membikin filem-filem baik. Tetapi, filem-filem yang baik juga memerlukan penonton yang baik.”

Tiga artikel berikutnya, meneruskan penerokaan idea-idea berbeza: Abdul Hafidz Adam berkongi cabaran ada band dalam dunia muzik, Lucy M bercerita mengenai kaitan telur dengan dunia era koronavirus dan Wafa Awla mencari cerita dunia dulu melalui perbualan dengan Pak Cik Aidil di Capital Cafe.

Menutup SONIK, Mohd Jayzuan sendiri memperkenalkan tiga karya visual artis Dian dari Sandakan…. dan dengan itu berakhirnya pengalaman isu perdana SONIK.

Apa rumusannya?

Ternyata ini kali pertama saya mengulas MAJALAH dan bukan buku… dan hadirnya reaksi saya ini harapnya memberi sedikit rasa ingin tahu kepada mereka yang mungkin tak tahu wujudnya majalah baru ini… atau satu tolakan manja untuk mereka yang tangguh dan belum beli lagi!

Wajarkah anda dapatkan SONIK? Itu terpulang kepada anda. Tapi bagi saya, kalau anda ada darah seni walaupun setitik, dan kalau ada ingin tahu rasa hati sekolompok seniman pada zaman ini… cubalah baca SONIK. Saya gembira melihat dan membaca isu ini, dan akan baca lagi selepas ini.

Pros: Majalah penuh ilmu dan idea yang sesuai untuk dibaca secara santai, atau secara serius.
Cons: Tak ada.
TLDR: Kalau anda minat seni, suka berfikir dan ingin idea-idea yang menarik untuk dihadam, majalah SONIK ini barangkali teman sesuai untuk anda.

Info mengenai majalah SONIK boleh ditemui di akaun media sosial Instagram dan Threads.

Majalah ini boleh dibeli melalui Shopee di sini (link affiliate)

PENGAKUAN BESAR-BESARAN: Saya mendapat naskah SONIK dengan percuma dari pihak SONIK untuk tujuan ulasan ini. Tapi, semua pendapat yang saya kongsi adalah luahan jujur saya dan pengamatan saya sendiri.

Ya, ada link affiliate Shopee kat atas ni. Tapi kalau nak beli dari tempat lain pun saya ok. Cuma, kalau beli dari itu, saya amat hargai. 🙂

Suka post ni?

Jemput Langgan #SuratMuzik SETIAP HARI untuk baca cerita muzik, tips gitar & kerjaya muzik serta pelbagai perihal BEHIND THE SCENES yang saya tak kongsi kat tempat lain.

Free pun, kat sini GRATIS: http://suratmuzik.com/

[Submissions for Review Consideration]

  • Are you an author who wrote a jazz, guitar or music book?
  • Have you created a DVD or an online video course or subscription based website?
  • Would you like me to review your book/course?

OR…

  • Are you working with a gear company (guitar, pedals, amps, audio interface, plugins, guitar accesories)?
  • Would you like me to review your gear?

Please send me a message at azsamad2 at gmail.com with:

For courses: a link to the course/video/product + access info etc.
For books: a link to the book (Dropbox) or PDF attachment (if it’s small) for review consideration.
For music gear/hardware or software: a link to the product page and order page

Depending on whether I dig the book/course/product, I’ll let you know if I do plan to review it!

I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p

NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. You dig? 

Filed Under: Ulasan Buku & Majalah Tagged With: Kamal Sabran, kontraporari, Ku Syafiq Ku Fozi, lisa fuad, Mohd Jayzuan, SONIK

Primary Sidebar

Search for a topic, review or lesson:

Recent Posts

  • Ulasan Majalah: SONIK – Isu Perdana (Januari 2026)
  • Video Review: 20 Improvised Lines Over Turnarounds by Ben Eunson
  • Book Review: Conversation Starters – 180 pieces of jazz vocabulary by Adam Larson
  • Analisa 2025 + Rancang 2026
  • Book Review: Melodic Improvisation For Jazz Guitar by Ettore Quaglia

Categories

Buy Me A Coffee

Hi Az Samad here! I am disclosing that I’ve included certain products and links to those products on this site that I will earn an affiliate commission for any purchases you make. 

Whenever possible, I've tried to include a mention that the link is an affiliate link but since the site is so big by now, I'm including this note so so that you are aware.

That being said, as I always mentions - all reviews reflect my honest opinion of the book/course/product. My goal is not to recommend everything to everyone but to give you as much information about my experience with it so that you have a better idea whether it might be for you (or not).

Copyright © 2026 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in