Rasanya DJ Fuzz ni macam kilang idea dan kreativiti.
Tak cukup dengan dia cipta lagu dan aktif dalam dunia perniagaan, dia sempat juga menulis buku & juga terbitkan versi audiobook. Setelah terbitkan buku Nak Jadi Artis Rakaman?, 101 Tips Untuk Artis Baru Nak Up, Buat Beats Buat Duit, #DJFuzzSecret, The Way of the DJ, serta edisi asal Lagu Pukau… kini muncul pula buku Lagu Pukau Extended.
Buku ini terbahagi kepada 6 bab yang membina asas pemahaman kita tentang audio marketing secara berperingkat. Sebagai seorang yang aktif dalam dunia ini, DJ Fuzz menjelaskan rahsia dunia ini secara bersahaja tapi padat. Memang senang nak baca buku ini (saya habis baca kejap je), tapi walaupun mudah dibaca, ilmu dalam ini penting.
Malahan, DJ Fuzz bukan saja bercerita pasal aspek perniagaan dunia ini tapi juga elemen-elemen muzik yang perlu ada. Ini supaya jingle itu berkesan untuk dapatkan ROI (Return On Investment) bagi syarikat yang ingin gunakan marketing sebegini.
Saya amat tertarik pada bahagian yang DJ Fuzz kaitan konsep copywriting seperti AIDA dalam kontek penulisan lirik jingle. DJ Fuzz juga kongsi konsep Purple Cow (yang diperkenalkan oleh pakar marketing Seth Godin) dalam konteks audio marketing.
Akhir sekali, dapat saya rumuskan yang buku ini penting untuk founder syarikat yang ingin meneroka audio marketing dalam usaha mengembangkan brand & produk. Untuk pemuzik pula, buku ini memberi pengenalan kepada satu pasaran yang terbuka luas kepada mereka yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan (atau utama!)
Pros: Ilmu padat sesuai sebagai pengenalan dunia audio marketing.
Cons: Tiada.
TLDR: Kalau anda seorang founder syarikat atau seorang pemuzik yang ingin memahami audio marketing, ini buku ringkas & padat yang berikan anda panduan kuasa ini.
Hubungi Mixology Music Malaysia untuk dapatkan buku ini:
https://mixologymusicmalaysia.com/
DISCLAIMER: Saya pemenang giveaway buku ini di Instagram. Semua pendapat sini adalah pengamatan jujur saya dan ini bukan “paid review”. Link tu pun bukan affiliate link.
[Review Archive]
I wrote a lot of other book, course and video reviews too.
Check out the rest here:
[Read more reviews]
[Submissions for Review Consideration]
- Are you an author who wrote a jazz, guitar or music book?
- Have you created a DVD or an online video course or subscription based website?
- Would you like me to review your book/course?
Please send me a message at azsamad2 at gmail.com with:
For courses: a link to the course/video/product + access info etc.
For books: a link to the book (Dropbox) or PDF attachment (if it’s small) for review consideration.
Depending on whether I dig the book/course, I’ll let you know if I do plan to review it!
I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p
NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. You dig?