Hari ini kita feature seorang pembaca Surat Muzik, ya… #GengSuratMuzik dan juga seorang ahli Kelab Gitar Az Samad, Adlan Syahin.
Dia baru je release album kompilasi pertama dia, #1WEEK1SONG VOL 1 .
Kita interview dia & jom kita find out more tentang ni.
1) Boleh cerita sikit latar belakang muzik Adlan?
Boleh, Saya bermula (dipaksa) belajar piano pada umur 5 tahun, setiap minggu, hari Sabtu kene heret pergi kelas piano Yamaha (JMC) program. Selepas habis program tu, mula belajar piano on and off bersama cikgu yang berlainan, ambil exam piano (ABRSM) pun ada fail. Tu yang saya grade 4 je for piano hahaha.
Sejujurnya saya mula betul-betul minat muzik apabila ayah saya belikan saya gitar kapok sunburst merah semasa saya form 1. Saya mula belajar sendiri dengan buku beginner gitar dan saya hafal note di tali 2 dan saya main guitar tu macam main piano letak guitar flat di riba. First lagu saya belajar intro “Welcome To The Black Parade”. Lepas itu baru lah saya belajar chord shape, saya belajar scale shape.
Tapi Cikgu Az Samad mention “Adlan buat lagu baru setiap minggu” jadi alang-alang saya buat jelah setiap minggu walaupun minggu itu takde open mic session, saya record live di bilik saya sendiri
Inilah titik permulaan saya minat untuk explore muzik, saya banyak follow channel2 youtube yang best mengenai music seperti (Adam Neely, Rick Beato, Charles Cornell…) dan dari situ saya belajar sikit-sikit tentang ilmu muzik yang lebih mendalam dari sebelum ini.
Satu upgrade yang paling saya hargai adalah saya membeli “Home studio bundle set” pada awal MCO. Dari situ saya explore untuk guna DAW, saya buat banyak cover dan follow every instruments.
Pada bulan April tahun ini saya mula belajar dengan Cikgu Az Samad dan segala titik-titik ilmu saya explore sebelum ni bersambung dan memberi makna di samping dapat belajar ilmu-ilmu baru. Pengalaman saya belajar dengan Cikgu Az Samad sangat lain dengan sebelum ni kerana Cikgu Az sendiri mempunyai ilmu dan cinta terhadap muzik yang mendalam.
2) Apa yang beri ilham untuk tulis & release satu lagu setiap minggu ni?
Saya join sesi open mic “Nada Music” di aplikasi Clubhouse yang pada ketika itu dimoderat oleh Az Samad, Zee Avi dan Brendan De Cruz.
Pada awalnya saya cuma perform “cover” tapi saya terinspirasi dari salah seorang “regular” dalam tu, saya bersembang dengan dia di Instagram, dia ceritakan yang dia akan perform lagu baru setiap open mic.
Pada bulan April tahun ini saya mula belajar dengan Cikgu Az Samad dan segala titik-titik ilmu saya explore sebelum ni bersambung dan memberi makna di samping dapat belajar ilmu-ilmu baru.
Saya terus membuat keputusan untuk mula tulis lagu saya sendiri dan perform lagu baru setiap sesi open mic. Sesi open mic tu ada minggu yang ditangguhkan. Tapi Cikgu Az Samad mention “Adlan buat lagu baru setiap minggu” jadi alang-alang saya buat jelah setiap minggu walaupun minggu itu takde open mic session, saya record live di bilik saya sendiri hahaha
Saya pada awal hanya nak buat dalam 9 lagu dan 3 interlude dan nak menghasilkan 12 track konsep album. Dengan album art kereta kancil merah saya.
Tapi saya belajar kalau nak lagu sedap kita perlu buat 10 lagu dan pilih hanya 1 yang paling sedap. Jadi saya perlu buat 90 lagu untuk ada 9 lagu sedap, alang-alang saya target buat 100 lagu termasuk sekali interlude track.
Pada masa yang sama, saya akan release demo saya #1WEEK1SONG VOL 1 sampai ke VOL 10, Untuk kumpul duit untuk produce/arrange 12 lagu terbaik dengan professional producer/arranger untuk menjadikan album yang paling sedap!
3) Apa cabaran terbesar ketika buat ni?
Cabaran yang terbesar adalah DUIT hahaha. Jadi Tuan/Puan dapatkan album pertama saya #1WEEK1SONG VOL 1 untuk support saya hahahaha (bergurau).
Sebenarnya pada awal agak mencabar untuk mendapatkan idea untuk buat lagu dan rasa takut untuk kongsi semua lagu/proses di media sosial kerana banyak kali saya rasa lagu saya tak beberapa sedap dan proses saya tidak Professional.
Tapi apabila matlamat jelas, segala halangan dan cabaran mengecil.
4) Bagaimana sambutan setakat ni setelah album ni terbit?
Alhamdulillah, setakat hari ini saya mencapai RM300 nilai jualan, Saya agak terkejut dan terharu kepada semua! Ramai juga orang memberi feedback yang baik, lagu yang saya rasa kurang baik pun ada menjadi favourite orang lain.
Terima kasih semua!
Saya janji akan teruskan buat dan memperbaikkan seni saya !
5) Apa 3 lesson terbesar yang Adlan belajar dari proses ni?
1. Jangan takut untuk release seni kita walaupun kita rasa kurang baik. Habiskan dan release, dari situ kita akan dapat improve.
2. Sentiasa support antara satu sama lain, Jika kita ada minat dengan seni orang lain kita share, kita tahu orang lain pun tengah lalu cabaran yang sama macam kita. Kalau boleh kita berjaya bersama-sama.
3. Disiplin dan konsisten, pada 3 bulan lepas saya tak sangka saya akan buat 12 lagu (minggu ini tengah buat lagu ke 13).
6) Apa tips Adlan untuk sesiapa yang mungkin nak cuba buat projek seperti ni?
Ini khas saya share hanya disini #gengsuratmuzik .
“Simplify”kan kerja kita. Pada awal tu saya sudah kata saya nak hasilkan satu album berkonsep. Saya nak ada 12 lagu sahaja, jadi saya hanya guna 12 idea yang sama berulang-ulang cuma style, rasa, Vibe dan lirik lagu yang berbeza. Saya tak perlu dah fikir saya nak tulis lagu mengenai apa.
Dan saya juga galakkan untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi songwriter, join bersama-sama saya sekali buat #1WEEK1SONG VOL 1. Mari kita improve sama-sama dan menjadi songwriter yang paling hebat di dunia!
====
Demikianlah temubual kita dengan Adlan kali ini.
Terima kasih kerana sudi kongsi pengalaman Adlan! 🙂
Kalau berminat nak dapatkan album #1WEEK1SONG VOL 1 itu, klik sini:
https://gumroad.com/a/647533683/NFDLl (affiliate link)
====
About Adlan Syahin
I am Adlan Syahin, a singer-songwriter based in Bangi, Selangor.
I started to write my own music on June 2021. I play mainly alternative music in the influence of Pink Floyd, Frank Ocean and Beck. I’m currently on an ambitious journey to write new song every week for 100 weeks called #1week1song. I started perfoming at Nada Music MY on Clubhouse App and I’ve been featured on TAPAUtv “Karya Minggu Ini”.
Recently, I’ve released the first 10 songs of #1week1song as a compilation called #1WEEK1SONG VOL 1. By the end of the journey, I’ll pick 12 songs out of 100 to produce the best album ever from Malaysia.
“What I love the most about this project is the writing. It embodies such profound reflections on his personal journey and philosophy through the use of enticing metaphors. Sonically, it has a charming rawness to it which really serves the whole indie musician aesthetic” – Ratu Yousei.
Follow me on my Instagram page @adlansyahinmusic