Kepada sesiapa yang rasa tertekan nak mencari idea untuk post di media sosial, pastinya panik bila kena post. Ramai yang nak cari caption terbaik, Call To Action (CTA) yang sempurna dan lepas tu nak pastikan imej tu boleh viral la pula.
Tapi rata-ratanya, lebih ramai orang yang cuma post sebab terpaksa, tanpa strategi. Ini bukan kais pagi makan pagi, tapi post IG waktu pagi, post IG waktu petang, harap-harap sales mendatang!
Sebagai seorang yang aktif mencari ilmu post di media sosial, saya tertarik apabila dapat tahu pasal Instagram Marketing Calendar dari Huzeifa Studio ni. Mulanya, saya agak skeptikal… betul ke buku ni ada info & tips yang sebaik testimonial dan screenshot yang saya nampak tu?
Selepas menelaah buku ini sendiri, bolehlah saya katakan ini bukan sekadar kalendar, tapi juga rujukan yang sesuai untuk bisnes kecil dan senderhana.
Kalau yang bisnes besar tu biasanya dah ada staff yang jaga media sosial sepenuh masa kan? Tapi bagi usahawan atau solopreneur, ilmu yang dikongsi dalam buku ini boleh membantu.
Tips dari post video, carousel, reels serta logik & strategi di sebalik post itu dijelaskan. Malahan, tips copywriting pun ada. Tu belum masuk Roadmap Marketing & Checklist Bines yang disertakan juga.
Apabila saya tengok buku ni secara lebih teliti, saya teruja dan terfikir – ada banyak bahagian dalam buku ini boleh menjadi upsell secara berasingan. Saya tahu, sebab memang biasa saya nampak upsell dari tokoh internet marketing di luar negara yang gunakan segmen atau sub-topik seperti dalam buku ini untuk bonus mereka.
Secara ringkasnya, kalau awak gunakan Instagram untuk perniagaan, saya recommend dapatkan buku ini untuk bantu usaha marketing tahun 2022 ni. Pada harga yang berpatutan, ini boleh menjadi blueprint kempen setahun anda (dengan prompt & idea topik video pelbagai) atau sebagai inspirasi (kalau nak fikir topik sendiri, tapi jadikan ini sumber ilham anda).
Akhir sekali, tahniah saya ucapkan kepada Huzeifa Studio kerana menerbitkan satu workbook yang berkualiti dalam #MisiBantuUsahawan mereka. Kepada yang berminat, boleh dapatkan di website mereka di sini: https://imc2022.my/contentcalendar/
Pros: Banyak idea, tips, templates dan panduan dalam workbook ini untuk bantu awak mencipta content yang sesuai di page Instagram anda.
Cons: Tiada.
TLDR: Dengan harga yang berpatutan, buku ini memberi “value” yang jauh lebih tinggi kembali.
DISCLAIMER: Saya menerima “review copy” buku ini dari Huzeifa Studio. Akan tetapi semua pendapat sini adalah pengamatan jujur saya dan ini bukan “paid review”. Link tu pun bukan affiliate link.
[Review Archive]
I wrote a lot of other book, course and video reviews too.
Check out the rest here:
[Read more reviews]
[Submissions for Review Consideration]
- Are you an author who wrote a jazz, guitar or music book?
- Have you created a DVD or an online video course or subscription based website?
- Would you like me to review your book/course?
Please send me a message at azsamad2 at gmail.com with:
For courses: a link to the course/video/product + access info etc.
For books: a link to the book (Dropbox) or PDF attachment (if it’s small) for review consideration.
Depending on whether I dig the book/course, I’ll let you know if I do plan to review it!
I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p
NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. You dig?