Ada banyak cara untuk syarikat Malaysia mendapat jualan & perhatian umum.
Contohnya menggunakan lagu pukau (jingle) seperti yang DJ Fuzz sendiri ada sarankan dalam buku beliau, Lagu Pukau Extended yang saya ulas dulu… dan juga melalui teknik yang diceritakan dalam buku Formula Influencer Marketing.
Buku ini satu buku yang nampaknya bersahaja dari segi bahasa dan rekabentuk… tapi memang penuh dengan ilmu yang boleh membantu founder dan syarikat tempatan.
Kita biasa dengan pasal istilah seperti KOL, influencer, selebriti dan pelbagai lagi… tapi berapa ramaikah yang benar-benar faham dunia pemasaran sebegini?
Walaupun saya memang ada terlibat dalam aktiviti KOL (boleh tengok Instagram saya dan YouTube saya untuk beberapa kolaborasi dulu), tapi saya sendiri cuma memahami daripada perspektif seorang “influencer” dan bukan daripada segi syarikat yang membelanjakan dana pemasaran.
Ternyata ada pertimbangan lain untuk syarikat besar dan juga syarikat kecil. Penting juga kita fikirkan apa matlamat kita dalam satu kempen produk, samada ingin mendapat manfaat “branding” atau matlamat janakan sales secara segera.
Semua ini dibincangkan oleh DJ Fuzz dan Amiera Syuhada dalam buku ini.
Kepada mereka yang ingin meneroka influencer marketing dalam konteks perniagaan Malaysia, buku ini sesuai dijadikan pengenalan dan rujukan. Memanglah kita boleh google maklumat & beli buku daripada negara luar… tapi ada untungnya kita mencari ilmu dalam konteks negara kita sendiri.
Inilah sumbangan DJ Fuzz dan Amiera Syuhada dalam buku ini. Syabas Mixology Music!
Pros: Padat definasi & aplikasi ilmu dunia Influencer Marketing sesuai untuk syarikat yang ingin meneroka teknik pemasaran ini.
Cons: Tiada cons dari segi isi, tapi ada kesilapan ejaan (dan typo) sesekali. Namun itu tak ada kesan pada ilmu yang disampaikan.
TLDR: Kalau anda seorang founder syarikat atau seorang pemuzik yang ingin memahami dunia influencer marketing, buku ini mungkin boleh membantu anda.
Hubungi Mixology Music Malaysia untuk dapatkan buku ini:
https://mixologymusicmalaysia.com/
DISCLAIMER: Saya menerima buku ini ketika promosi pelancaran dulu. Saya antara 100 penerima awal buku ini ketika itu. Semua pendapat sini adalah pengamatan jujur saya dan ini bukan “paid review”. Link tu pun bukan affiliate link.
[Review Archive]
I wrote a lot of other book, course and video reviews too.
Check out the rest here:
[Read more reviews]
[Submissions for Review Consideration]
- Are you an author who wrote a jazz, guitar or music book?
- Have you created a DVD or an online video course or subscription based website?
- Would you like me to review your book/course?
Please send me a message at azsamad2 at gmail.com with:
For courses: a link to the course/video/product + access info etc.
For books: a link to the book (Dropbox) or PDF attachment (if it’s small) for review consideration.
Depending on whether I dig the book/course, I’ll let you know if I do plan to review it!
I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p
NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. You dig?
Leave a Reply