Pertama kali saya dengar mengenai Sissy Imann semasa dia menerima kritikan daripada penyanyi Mas Idayu dalam rancangan televisyen Famili Duo sekitar Februari 2023. Selepas itu, saya ada terbaca mengenai pengumuman Sissy ingin menjual album pertamanya pada harga RM20 kerana terasa kecewa… dan hanya ingin album itu sampai ke tangan peminat.
Kita tak pilih bagaimana kita mendapat perhatian masyarakat dan untuk dikenali.
Begitulah cara saya mula kenal Sissy Imann. Kemudian saya jumpa Sissy pertama kali di acara MACP dan dia memberitahu saya dia kenal saya daripada tweets saya di Twitter.
Yang menarik EP ini antaranya kerana Sissy pergi ke studio lagenda Abbey Road Studios untuk sebahagian proses rakaman album ini. EP ini ada enam lagu dan sepanjang 20 minit 31 saat.
Bagi saya, EP ini rakaman kekecewaan yang disembunyikan dalam lagu upbeat.
Adakah Sissy cuba mengatasi duka dilukakan cintanya?
Itu yang saya tertanya setelah mendengar EP ini berulang kali. Dua lagu pertama EP ini ada vibe muzik sarkis dan two-feel. Dua lagi masih upbeat dan dua lagu terakhir adalah balada.
Boleh dikatakan ini terasa seperti album konsep (Concept Album), tapi saya tertanya samada sampai kontinuiti dan flow album ini?
RIBUT bermula dengan dramatik dan pada peringkat akhir juga ada bunyi theremin. Key Bbminor mungkin sesuai untuk memulakan mood muzik karnival yang Sissy ingin bina. Kata-kata yang diterima protagonis lagu ini “meributkan” hatinya. Walaupun lagu ini berlatar cerita sedih, tapi ia memberi semangat untuk tidak “membisukan hati diri” lagi.
BALANG BONEKA ada mood ngeri atau dramatik sebelum vokal Sissy bercerita. Trek ini penuh dibawa oleh kombinasi permainan dram, melodi dan melodi latar belakang yang membina drama. Semuanya mengikut melodi yang lebih legato berbanding suasana perkusif di belakang. Key C# minor lebih “bright” daripada suasana lagu RIBUT.
Dengan BERHENTILAH, ostinato pizzicato string yang menarik, note panjang strings di belakang serta piano memberi mood dari awal.Ostinato ini barangkali antara elemen yang paling saya minat daripada album ini. Segmen double-time ada vibe Chick Corea sedikit juga. Strings dalam lagu ini juga amat dramatik. Lagu ini dalam key Bminor dan ini juga saya rasa sesuai sebagai key untuk pergi ke lagu seterusnya.
AIN’T GONNA SPOIL MY DAY satu-satunya lagu dalam bahasa Inggeris dalam album ini. Ini juga lagu key major (E major) yang muncul sepanjang 6 lagu. Irama pop bossa nova suasana santai bermula dengan akordion dengan elektronik (adakah ada sedikit vibe Zee Avi?), sedikit akordion Perancis, gitar akustik fill yang menarik. Drama dan unison lines yang masuk pada bahagian tengah sebelum kembali kepada mood Perancis juga memberi kelainan kepada lagu ini. Pada satu kali yang lain saya dengar seakan ada imbasan Can’t Take My Eyes Off You bercampur dengan suasana Edith Piaf (atau mungkin itu bayangan saya tidak tahu banyak lagu Perancis sebagai rujukan atau bandingan)
CINTA SEADANYA pula satu balada dramatik balada dengan strings. Balada ini rasanya antara lagu yang sesuai untuk ramai pendengar Malaysia yang mungkin biasa dengan feel sebegini. Piano dan strings yang klasik dalam lagu ini… dan ini bagi saya jenis lagu yang seronok saya mainkan di konsert. Adakah mungkin akan ada versi gitar & vokal? Saya terasa seperti nak transcribe chords lagu ini. Key rasanya sekita Aminor/Cmajor apabila saya dengar.
TERSAKITI pula satu piano driven ballad yang dirakam di Abbey Road Studios. Mood sakit dilukai cinta berjaya dirakam dalam persembahan ini… dan ternyata sesuai sekali untuk penutup album.
Tapi… nak buat lagi drama, note piano tak resolve ke nota tonic – Do! Memang sakit yang tak selesai dalam lagu ini. Terasa saya “tersakiti” juga.
Lagu ini dalam key lagu sedih rakyat Malaysia iaitu Aminor. Satu pemerhatian… piano ke note B, sesuai untuk masuk lagu pertama, RIBUT dalam key Bbminor. Dan ternyata daripada rakaman video persembahan/rakaman lagu ini – pilihan mengakhiri lagu ini pada note B itu memang sengaja.
Setelah mendengar album ini berulang-ulang (di Spotify, di YouTube, di CD dan juga video rakaman video lagu Tersakiti), saya mendapati album ini semakin dapat dinikmati setelah didengar berulang-ulang.
Adakah album ini album pop-up tengah malam sarkis?
Adakah ini album rakaman keresahan atau kerisauan jiwa di tengah malam apabila kita ingat hati yang dilukai? (Trek lagu ditulis time sebagai 12:00 AM, 12:04 AM dan seterusnya di kulit belakang album… adakah ini cadangan pukul berapa sesuai mendengar album ini?)
Atau… adakah ini muzik yang sesuai untuk suasana drama dan over the top?
Kepada peminat muzik pop yang inginkan sesuatu luar dari kebiasaan scene tempatan Malaysia, mungkin EP pertama Sissy Imann ini dapat memenuhi citarasa anda. Dengarkan kalau belum lagi… dan dengarlah beberapa kali sekurang-kurangnya sebelum memberi pendapat anda. Dan… kepada yang minat lagu-lagu ini, dapatkan versi CD untuk pengalaman lebih penuh untuk menikmati muzik ini.
Rating: 4/5
Berminat dapatkan? Boleh dapatkan di:
Atau… strim di Spotify di sini: https://open.spotify.com/album/0m8kflCq7b42GUadcCshc4?si=bph0qT5zTnKkVWs3SDuUpw
Terima kasih kepada Sissy Imann kerana mengirim CD ini kepada saya.
[Album Credits]
Executive Producer : Seni Unggul Production
Producer & Co Writer : AG Coco
Composer & Lyricist : Sissy Imann
Vocals : Sissy Imann
Music Arrangers : AG Coco, Rudy Nastia, Suffren Ghaffar & Aziem Rashidi
Musicians : AG Coco, Rudy Nastia, Suffren Ghaffar, Azim Jenk Ali, Aziem Rashidi & Anwar Amzah
Backing Vocals & BV Arranger : Zuliana Eusoff
All Instruments recorded at Kamar Seni Recording Studio, Kuala Lumpur
Engineered by Hanis Azman
All Vocals & “Tersakiti” Piano Recorded At Studio 3, Abbey Road Studios
Engineered by Chris Bolster
Senior Recordist : Matt Jones
Vocal Editor : AG Coco & Hanis Azman
Mixed & Mastered by Ucop Classmates (Kamar Seni Recording Studio)
Creative Direction : Sissy Imann
Album Artwork Designer : Zhuarts
Photography : TMNS & Zuliana Eusoff
Stylist : Maglifestyle & Ayahanda
Publisher : Seni Unggul Production
Label : Seni Unggul Production
PR : Ayahanda
Manager : Mak Tanjung
[Submissions for Review Consideration]
If you are an artist, record label or press outreach interested for me to feature your new release on this site, please email me at azsamad3 at gmail dot com.
I prefer physical CD submissions whenever possible alongside streaming/download links. Do not attach any files to the email but include Dropbox/Google Drive links.
I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p
NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. Thanks!
Leave a Reply