Tiga hari lepas, saya antara orang terawal menonton dokumentari PEKIK.
Dalam dua jam, saya dengar pelbagai cerita dan perspektif pemuzik Malaysia mengenai scene muzik dari era 90-an sehingga sekarang.
Fokus filem tu (mengikut pengamatan saya) banyak pada era 90-an dan sedikit sebanyak masuk kepada awal 2000.
Cerita daripada Aru Peruzza, Radhi OAG & Fathul Spiral Kinetic Circus, abang Rom dan Francis Wolf banyak dipetik dan ada ramai pemuzik lain ditemubual.
Muzik, klip gigs era dulu dan gambar serta artikel lama menjadi hiasan antara kata-kata pemuzik yang ditemubual.
Selepas saya menonton filem itu, jelas ianya langkah penting untuk merakam sejarah dunia muzik yang membentuk suasana sekarang.
Ada cerita ni saya pernah dengar… dan ada yang baru bagi saya… dan ada yang menarik apabila kita dengar perspektif belakang tabir tokoh industri.
Ni macam lepak mamak dengan tokoh dan hero-hero scene!
Cabaran dulu diatasi dengan cara berbeza… untuk mula dulu perlu ada “demo tape”… dan bands buat dubbing sendiri dan mencari cara dan tempat untuk menjual muzik mereka supaya dikenali.
Scene Central Market menjadi tumpuan pemuzik berkenalan sesama masing-masing…
Kemudian lahir scene lain seperti scene singer-songwriters dan lahir generasi seterusnya yang lebih online dan menggunakan MySpace…
Sepanjang filem itu, banyak isu yang dibincangkan. Daripada peranan syarikat rakaman, kesan daripada mendapat kontrak rakaman, kepentingan zine, pengedaran muzik, demo dan peranan demo tape, isu “selling out” atau “sell out”, semangat berkawan tak kira genre muzik, masyarakat di Central Market, komuniti di 121-c di Brickfields, isu Black Metal dan perubahan kepada scene yang lebih menggunakan internet.
Hakikatnya banyak yang berlaku dalam scene muzik bebas tempatan dan kini ada rakaman yang boleh menjadi titik permulaan penting.
Tanpa dokumentari ini, mungkin ramai pemuzik muda takkan tahu latar belakang scene yang mereka masuk sekarang.
Pastinya akan ada nanti orang yang akan merungut mengapa tak ada pemuzik ini, band itu, tokoh ini, scene itu dalam PEKIK… tapi macamana nak masuk semua orang dalam satu dokumentari?
Anggaplah ini permulaan… seakan “demo tape” merakam zaman muzik itu, seakan satu zine digital dalam bentuk filem… dan dalam ketidak sempurnaan itu, kita boleh gembira dengan hadirnya dokumentari ini.
Tahniah kepada Fareeq dan pasukan Stereo Pixels yang berjaya menyiapkan dan menerbitkan PEKIK.
Kepada yang akan menonton, selamat menonton!
Kepada yang akan menonton dan merungut, selamat membuat dokumentari, filem, temubual dan rakaman anda sendiri yang akan mengisi ruang-ruang kosong yang tercipta dengan adanya PEKIK.
Kini ada peluang untuk bercerita tentang apa yang tiada dalam dokumentari itu…. dan sementara itu, mari kita menonton dan sebarkan kewujudan PEKIK.
Apa-apa hal pun, pastikan anda cuba tengok nama saya yang ada juga tersenarai di end credits dokumentari ini 🙂 (dan tolong ambil gambar kalau nampak dan tag saya di media sosial).
Tengok nanti pada April 1 2023.
PEKIK bakal ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula pada 1 April 2023, atau boleh di strim melalui platform On Demand atau Astro Go. Untuk klip-klip menarik boleh dapatkan di media sosial Astro First.
INFO LANJUT:
Laman Web: https://pekik.stereopixels.com/
FB/IG/TikTok:
https://www.facebook.com/pekikMY
https://www.instagram.com/pekikmy/
https://www.tiktok.com/@pekikmy
Suka post ni?
Jemput Langgan #SuratMuzik SETIAP HARI untuk baca cerita muzik, tips gitar & kerjaya muzik serta pelbagai perihal BEHIND THE SCENES yang saya tak kongsi kat tempat lain.
Free pun, kat sini GRATIS: http://suratmuzik.com/
Leave a Reply