• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Az Samad Lessons

Guitar, Ukulele and Music Lessons

  • About
  • Lessons
  • Music Reviews
  • Book, Video & Course Reviews
  • Podcast
  • Creative Fridays
  • Store
  • Contact

Bangsa Kamera Produksi

Ulasan Filem Pendek: Tabah – Milo Dinosaur x Bangsa Kamera Produksi

July 30, 2025 by azsamadlessons Leave a Comment

Baru-baru saya terserempak Azim “Jimmy” Idris, gitaris & vokalis untuk band Milo Dinosaur di kedai nasi kandar berdekatan tempat tinggal saya. Saya memang dah dengar band dia ada video yang baru terbit, dan dengan sinkronisiti pertemuan itu, saya pun bertanya mengenai info video tersebut dan perihal cerita di belakang tabir.

Makanya, saya memilih untuk menulis sedikit mengenai video baru ini yang saya dapat tahu sebenarnya lebih kepada filem pendek & bukan “music video”.

Perbezaan ini menjadi lebih jelas apabila kita tonton video 6 minit ini yang ada cerita seorang ibu yang “tabah” mencari rezeki dan hubungan beliau dengan anaknya.

Persoalannya ada dua:

1) Lagu ni sedap ke?
2) Video ni best ke?

Dan bagi saya, menarik bila kita tengok lagu yang sedia ada ni dari tahun 2018, lahir semula dalam bentuk filem pendek hasil kerjasama dengan Bangsa Kamera Produksi, sebuah kumpulan pengarah muda dari UiTM Puncak Perdana. Lagu ini memang dah sedap tanpa visual, tapi dengan visual ini memberi satu pintu baru untuk khalayak umum menerima lagu ini.

Muzik dan visual memang telah lama ada kaitan semenjak zaman filem hitam putih senyap yang diiringi muzik secara “live” dan kemudiannya muzik membantu pembikin filem bercerita dengan latar audio di belakang dialog dan visual filem.

Dalam kolaborasi ini, yang menariknya adalah interpretasi Bangsa Kamera Produksi terhadap muzik yang sedia ada kepada muzik emo Milo Dinosaur. Bagi saya kolaborasi begini amat penting kerana ini memberi peluang kepada mereka meluahkan satu lagi aspek muzik Milo Dinosaur yang tampaknya berjaya.

Pihak Milo Dinosaur sendiri berkata:

“Kami memberikan kebebasan sepenuhnya kepada mereka untuk bereksperimen dan menggambarkan Tabah dengan cara yang mereka rasakan terbaik — dan mereka benar-benar berjaya, jujurnya, mereka melakukannya lebih daripada apa yang kami harapkan. Kami sangat berbangga dengan hasilnya.”

Ringkasnya, saya mengucap tahniah kepada keseluruhan pasukan produksi yang mengambil masa lebih tiga bulan untuk menyiapkan karya ini.

Dari segi visual dan suntingan, ternyata mereka mengambil berat dalam penyampaian cerita ini, terutama pada aspek emosi yang ingin disampaikan. Kejujuran ini tampil dengan jelas dan memberi tenaga pada filem pendek ini.

Semoga ini menjadi karya pertama kepada banyak lagi karya lain pada masa akan datang. Bagi Milo Dinosaur, harapnya ini membuka pintu kepada peminat muzik yang mungkin tak pernah tahu mereka wujud, atau kepada yang pernah dengar nama mereka tapi tak pernah dengar muzik mereka, mencari lagu-lagu Milo Dinosaur yang lain.

Untuk industri tempatan, semoga filem pendek ini mengilhamkan lebih ramai dalam industri filem melihat potensi kolaborasi dengan kumpulan muzik dan pemuzik tempatan.

Rating: 3.5/5

SIAPAKAH YANG TERLIBAT:

Pelakon Utama:
Rohaya – Suraida Abu Hassan
Haziq – Nazmie Hisham

Kredit Produksi:

Penerbit Eksekutif: Khairul Anwar
Penerbit / Penulis Skrip: BigKid
Pengarah: Aqmar Nurhakim
Pengarah Sinematografi: Putera Shanaz
Penyunting: Fariz Zakaria

Warna: Javier Jay
[Senarai penuh kru boleh didapati di youtube]

[Submissions for Review Consideration]

If you are an artist, record label or press outreach interested for me to feature your new release on this site, please email me at azsamad3 at gmail dot com.

I prefer physical CD submissions whenever possible alongside streaming/download links. Do not attach any files to the email but include Dropbox/Google Drive links.

I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p

NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. Thanks!

Filed Under: Music Review, Ulasan Muzik Tagged With: Azim Idris, Bangsa Kamera Produksi, Milo Dinosaur, Tabah

Primary Sidebar

Search for a topic, review or lesson:

Recent Posts

  • Event Review: Shred Guitar Masterclass by Igor Paspalj (Singapore, Oct 30 2025)
  • Course Review: Counterpoint for Solo Jazz Guitar By Christian Miller
  • Book Review: An Advanced Approach to Practicing Jazz Guitar by Kevin Miller
  • Music Review: The Breakup Song by Mateus Asato
  • Ulasan Muzik: Terkuburnya Seorang Gadis Di Kuala Lumpur oleh Hawa

Categories

Hi Az Samad here! I am disclosing that I’ve included certain products and links to those products on this site that I will earn an affiliate commission for any purchases you make. 

Whenever possible, I've tried to include a mention that the link is an affiliate link but since the site is so big by now, I'm including this note so so that you are aware.

That being said, as I always mentions - all reviews reflect my honest opinion of the book/course/product. My goal is not to recommend everything to everyone but to give you as much information about my experience with it so that you have a better idea whether it might be for you (or not).

Copyright © 2025 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in