• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Az Samad Lessons

Guitar, Ukulele and Music Lessons

  • About
  • Lessons
  • Music Reviews
  • Book, Video & Course Reviews
  • Podcast
  • Creative Fridays
  • Store
  • Contact

azsamadlessons

Ulasan Muzik: Terkuburnya Seorang Gadis Di Kuala Lumpur oleh Hawa

December 2, 2025 by azsamadlessons Leave a Comment

Apa yang akan seorang artis buat apabila mereka dalam band baru mereka, selepas membina nama dan reputasi dalam band lain sebelum itu?

Ramai tercabar dalam proses mereka imejan audio baru, tapi nampaknya Eff Hakim bukan seperti orang lain. Dengan projek Hawa yang kini lahir dengan album pertama mereka, muzik ini bagai kucing tepi dobi yang melihat insan sekeliling membawa baju kotor mereka – sedar apa yang dibawa dan apa hasilnya setelah dibasuh secara emotif dan reflektif.

Tirai album dibuka dengan lagu Sweetness yang mulanya dalam Bahasa Inggeris sebelum beralih kepada lirik Bahasa Melayu seketika sebelum terus ke Bahasa Inggeris semula. Vibes lagu ini antara nostalgia 50-an dan lo-fi portastudio. Saya suka campuran strumming gitar bersahaja dengan bass yang groove bersama beat drum.

Lagu kedua, Emophilia berlegar sekitar perbualan cinta dengan drive bassline yang menjadi hati lagu ini dengan nyanyian Eff yang antara sinis dan manis.

Terasa vibes 90-an dengan trek Mayat Hidup pada mulanya sebelum gitar clean bahagian verse menukar mood. Ada kejujuran dengan estetik punk dalam lagu ini, barangkali bersifat komentari sosial bercampur komentari hidup sendiri. Kontras antara bahagian verse dan chorus lagu ini antara yang paling menarik bagi saya.

Berkait dengan semua ini, persoalannya adakah “Terkuburnya Seorang Gadis Di Kuala Lumpur” satu rakaman auto-biografi muzik untuk Eff sendiri, atau berapa banyak permasalahan yang dihadapi bayangan perjalanan hidup ramai lagi di Kuala Lumpur? Barangkali dalam mengali persoalan personal Eff dapat berkongi pengalaman kolektif yang segenerasi dengannya (atau dalam peringkat hidup sama).

Trek Aku Dah Mati menarik dengan bahagian chorus. Lirik lagu ni berat tapi sensibiliti melodik pop memberi sedikit rasa ringan dalam topik sebegini.

Lagu Groupie pula lagu yang paling marah, atau paling merah? Seimbas ada rasa bayangan Pink Floyd era awal Syd Barrett. Sekali lagi chorus lagu ini juga catchy. Dan bahagian lead gitar barangkali cara yang paling sesuai sebelum bahagian monolog/spoken word Eff yang membina kembali kepada chorus.

Kanser menarik perhatian saya dengan hook yang barangkali paling catchy antara lagu dalam album ini setakat ini. Lapisan suara bahagian akhir lagu ini menyindir “kau menang” sebelum ia tamat.

Penyayang bermula dengan suasana romantis dan dalam konteks album ini antara lagu yang paling melankolik berbanding nada gelisah global album ini.

Jalan Terus mula dengan suasana yang paling moden berbanding lagu sebelum ini semata-mata kerana drum loop yang memberi rasa hati 80-an dan 90-an dalam satu lagu. Nada optimistik paling ternyata pada lagu ini yang merangkul lagu penutup cerita panjang yang mengembara dalam 7 lagu sebelum ini.

Untuk menutup album ini, Mayat Hidup [Analog K Remix] memberi pengalaman estetik alternatif kepada lagu Mayat Hidup yang kita dengan terlebih awal tadi. Analog K juga mengambil masa lebih panjang dengan pemanjangan yang idiomatik. Kata-kata “Hidup ini macam sial” menjadi hook yang kekal dalam kepala dan juga menjadi seakan mantera dengan ulangan yang berterusan.

Jadi apa rasa inti album ini?

Adunan melodi catchy, lirik gelap, nada sarkastik, bitter tapi juga rasa mengambil kuasa kembali dengan betapa pecahnya dan mengelirukan membuat muzik ini seakan membina realiti baru untuk situasi semasa.

Secara keseluruhannya dalam kurang 32 minit dan 9 lagu, Hawa berjaya membina satu dunia sonik relevan dengan suasana berlapis rasa aural retro berkahwin dengan rasa hati wanita moden ibu kota. Kejujuran dalam lirik Eff barangkali yang membuat album ini kuat. Ini adalah nafas segar dalam dunia muzik yang lebih kerap mengejar viraliti dan trenda tik-tok semata-mata. Suara Hawa perlu terus dilaung dan didengar oleh seramai mungkin… termasuk barangkali anda juga.

Rating: 4/5

Dengarkan album ini di platform streaming dan dapatkan CD terus dari Hawa.

DISCLOSURE: Saya menerima advance review copy untuk album ini untuk tujuan ulasan. Walaupun saya menerima album in secara gratis, ulasan ini saya tulis ikhlas dari hati, dan merakam pendapat saya sebagai pendengar album ini.

[Submissions for Review Consideration]

If you are an artist, record label or press outreach interested for me to feature your new release on this site, please email me at azsamad3 at gmail dot com.

I prefer physical CD submissions whenever possible alongside streaming/download links. Do not attach any files to the email but include Dropbox/Google Drive links.

I cannot guarantee a review for every submission & if I’m not too into it, I may opt not to review it. I mean, it’s better to get a good review that for me to write a bad review just because it’s not a match for the kind of stuff I dig right? :p

NOTE: All reviews reflect my honest personal opinion so be aware that I will point out both cool Pros and Cons that I see in the work. Thanks!

Filed Under: Music Review, Ulasan Muzik Tagged With: Eff Hakim, Hawa, industri muzik, malaysia, malaysian music, muzik malaysia, Terkuburnya Seorang Gadis di Kuala Lumpur

  • « Go to Previous Page
  • Go to page 1
  • Interim pages omitted …
  • Go to page 3
  • Go to page 4
  • Go to page 5
  • Go to page 6
  • Go to page 7
  • Interim pages omitted …
  • Go to page 569
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

Search for a topic, review or lesson:

Recent Posts

  • Event Review: Shred Guitar Masterclass by Igor Paspalj (Singapore, Oct 30 2025)
  • Course Review: Counterpoint for Solo Jazz Guitar By Christian Miller
  • Book Review: An Advanced Approach to Practicing Jazz Guitar by Kevin Miller
  • Music Review: The Breakup Song by Mateus Asato
  • Ulasan Muzik: Terkuburnya Seorang Gadis Di Kuala Lumpur oleh Hawa

Categories

Hi Az Samad here! I am disclosing that I’ve included certain products and links to those products on this site that I will earn an affiliate commission for any purchases you make. 

Whenever possible, I've tried to include a mention that the link is an affiliate link but since the site is so big by now, I'm including this note so so that you are aware.

That being said, as I always mentions - all reviews reflect my honest opinion of the book/course/product. My goal is not to recommend everything to everyone but to give you as much information about my experience with it so that you have a better idea whether it might be for you (or not).

Copyright © 2025 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in